Wednesday, 18 December 2013

Misteri Gadis Berpayung Kertas 8 (last)

Keesokan harinya, Tok Amat, Tok Wan, Opah, Raimy dan Jefferson duduk bersembang di anjung rumah Tok Wan dan Opah Raimy. Pada mulanya Tok Amat hanya datang untuk bertanyakan keadaan Jefferson.

“Tok Amat, terima kasih sebab dah tolong saya. Saya tak taulah apa jadi kat saya nanti kalau Tok Amat tak tolong..” ucap Jefferson. Dia telah mendengar semuanya daripada Raimy. Dia sendiri tidak sedar bahawa dirinya sendiri yang masuk ke dalam hutan itu.

“Itu dah memang tanggungjawab kita sesama manusia..” kata Tok Amat merendah diri. Dia menghirup kopi yang telah dihidangkan tadi.

“Tapi Tok, saya masih lagi tertanya2.. Siapa Ratna Sari yang sebenarnya?” tanya Jefferson. 

Dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai gerangan orang yang telah membuatkannya hilang kawalan diri dan menyebabkan perasaannya menjadi tidak stabil. Dia telah dipukau oleh gadis itu supaya dia tunduk kepada gadis itu dan jatuh cinta kepada gadis itu. Dia berasa seram dan hampir2 demam apabila mengingatkan bahawa dia telah jatuh cinta kepada makhluk yang bukan manusia tanpa dia rela.

“Kisah Ratna Sari ni sebenarnya dah lama tak diceritakan.. Jadi tak ramai orang sekarang yang tau..” kata Tok Amat. Dia sedang menyusun kata untuk diucapkan.

“Dulu, datuk2 kami bukanlah orang asal kampung ni. Datuk kamilah antara orang yang membuka penempatan di sini... Sebelum itu, tempat asal mereka adalah dalam hutan tu. Sebelum jadi hutan belukar, suatu masa dahulu ada kampung yang bernana Kampung Cempaka Berduri. Rumah2 dalam kampung tu sekarang memang dah lenyap... Yang tinggal sekarang ni hanya banglo yang kamu tengok semalam tu....” Tok Amat meneruskan ceritanya.






100 tahun yang lalu...

Ratna Sari tinggal dalam banglo tu.. Dia merupakan anak seorang saudagar dari Tanah Jawa.  Ibunya telah lama meninggal dunia ketika melahirkannya, ayahnya pula meninggal semasa usianya 12 tahun kerana penyakit. Jadi tinggallah Ratna Sari dan orang gajinya dalam rumah tu... Ratna Sari telah membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Kecantikannya dia tu dicemburui semua orang dalam kampung tu.

Selalunya dia akan pakai selendang dan payung kertas untuk melindungi wajah dia tu. Suatu hari, masa dia bersiar2 dengan orang gaji dia kat pekan, dia terlanggar dengan seorang lelaki British yang kebetulan sedang bersiar2 disitu. Orang kampung memanggil lelaki British tu Tuan Andrew. Tuan Andrew ni pegawai British yang masih muda. Dia juga peramah dengan orang sekeliling. Tapi jawatan yang dia sandang tu membuatkan orang tak berapa suka dengan dia dan dia anak seorang pegawai British yang berjawatan tinggi dan kejam, iaitu Tuan Antonio.

Sir Andrew ni dikatakan telah jatuh cinta terhadap Ratna Sari.Tetapi Ratna Sari tidak pada mulanya. Namun, Sir Andrew selalu datang untuk menyelamatkan Ratna Sari ketika dia dan orang gajinya diganggu samseng jalanan atau ketika Ratna Sari berada dalam bahaya. Dia juga sering melindungi Ratna Sari daripada apa2 ancaman.  Mereka semakin kerap berjumpa dan lahirlah bibit2 cinta di antara mereka berdua. Mereka selalu berjumpa di taman bunga di kawasan rumah Ratna Sari. Apabila bertemu, mereka akan saling bergurau senda dan bergelak ketawa. Mereka sangat bahagia pada saat itu.

Bagi Sir Andrew, Ratna Sari orang yang berjaya membuatkan dirinya berasa hidup dan bahagia. Dia tidak suka akan kehidupannya sebagai anak seorang pegawai yang berjawatan tinggi dan tidak disukai ramai. Kehadiran Ratna Sari dalam hidupnya telah memberi cahaya dalam hidupnya. Bagi Ratna Sari, Sir Andrew adalah pelindungnya dan menghilangkan kesunyiannya selepas kematian kedua ibu bapanya. Sir Andrew juga telah mengajarnya erti kehidupan dan sentiasa membuatkan dirinya berasa bahagia.

Namun, percintaan mereka telah dihalang oleh bapa Sir Andrew, iaitu Sir Antonio. Dia tidak suka anaknya bergaul dengan orang tempatan. Apatah lagi bercinta dengan gadis tempatan. Dia telah merancang pelbagai cara supaya mereka berdua dipisahkan. Cinta antara Sir Andrew dan Ratna Sari sangat kuat dan tidak dapat dipisahkan. Akhirnya, Sir Antonio merancang satu rancangan. Rancangan yang memulakan semuanya sehingga sekarang.

Ibu kepada Sir Andrew dan telah bercerai dengan bapa Sir Andrew. Dia tinggal di England. Dan Sir Andrew amat menyayangi ibunya. Sir Antonio mendapat tahu bahawa anaknya dan Ratna Sari akan berkahwin secara rahsia. Dia dapat tahu berita ini daripada orang gaji yang bekerja di rumah Ratna Sari. Jadi, Sir Antonio telah mengkhabarkan kepada Sir Andrew bahawa ibunya yang berada di England telah jatuh sakit dan sedang nazak. Sir Andrew ingin pulang segera melihat ibunya.

Pada masa itulah, Sir Andrew telah berjanji dengan Ratna Sari bahawa dia akan kembali dan meminta Ratna Sari menunggunya. Ratna Sari seorang yang setia. Dia berjanji akan menuggu Sir Andrew untuk kembali semula ke pangkuannya nanti dan hidup bahagia bersama. Ratna Sari berpegang kepada janjinya itu.
Setelah beberapa hari Sir Andrew meninggalkan Ratna Sari dan pulang ke England untuk menjenguk ibunya, Sir Antonio menjalankan rancangannya untuk menghapuskan Ratna Sari. Dia dan orang2nya telah bersepakat dengan salah seorang orang gaji Ratna Sari yang membelot demi harta dan kemewahan. Dia telah memengsankan semua orang gaji Ratna Sari termasuklah orang yang paling rapat dengan Ratna Sari iaitu pengasuhnya.

Malam itu, orang2 Sir Antonio telah menceroboh rumah Ratna Sari dan berlaku pergelutan di dalam bilik tidur Ratna Sari. Rancangan asal mereka ialah ingin menculik Ratna Sari dan membawanya pergi ke suatu tempat yang jauh dari situ. Namun, Ratna Sari cuba mempertahakan diri dengan menggunakan keris milik ayahnya. Tapi malangnya, salah seorang daripada orang Sir Antonio telah merampas keris itu daripada tangan Ratna Sari dan keris itu tertikam tepat di jantung Ratna Sari. Itu sebab Ratna Sari begitu takut dengan keris tempoh hari itu. Keris itulah yang telah memisahkan roh daripada jasadnya dengan begitu sadis sekali.
Orang2 suruhan Sir Antonio terus melarikan diri selepas menikam Ratna Sari. Berita kematian Ratna Sari tersebar luas. Penduduk kampung tahu siapa dalangnya, namun penjajah pada zaman itu menguasai undang2 dan menjatuhkan hukuman sesuka hati. Jadi, sir Antonio terlepas dengan mudah.

Beberapa bulan selepas itu, Sir Andrew kembali semula ke Kampung Cempaka Berduri untuk menemui kekasih hatinya yang amat dirindui. Dia benar2 terkejut dan sedih apabila mendapat tahu bahawa Ratna Sari telah meninggal dunia. Dia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya yang sanggup membunuh kekasih hatinya itu. Jadi, dia pergi jauh dari situ secara rahsia untuk membawa hatinya yang lara. Lepas tu, kami dah tak tahu apa yang telah terjadi pada Sir Andrew. Ada khabar angin mengatakan bahawa dia telah pergi jauh dari kampung itu dan kemudiannya meninggal dunia akibat jatuh sakit dan amat merindukan Ratna Sari.

Sir Antonio pula selepas anaknya lari dari rumah, beberapa bulan selepas itu dia ditemui mati akibat jatuh dari tempat tinggi. Dia dikatakan mabuk sebelum pergi ke tempat tinggi dan jatuh tergelincir. Sejak itu, roh Ratna Sari sering kelihatan berlegar2 di kawasan rumah itu. Kadang kala pada waktu malam, kelihatan kelibat Ratna Sari sedang duduk di taman bunga di kawasan rumahnya dan duduk termenung seperti sedang menunggu sesorang. Ada juga penduduk kampung yang pernah terserempak dengan roh Ratna Sari sedang berjalan2 pada tengah malam dengan payung kertas yang biasa digunakannya. Roh Ratna Sari tidak mengganngu penduduk sekitar, namun mereka takut kerana sering terserempak dengan kelibat Ratna Sari yang sedang merayau2 dengan payung kertasnya itu.

Disebabkan banyak perkara burk yang telah berlaku di kampung itu, sebahagian besar penduduk kampung nekad untuk meninggalkan kampung itu dan membuka penempatan baru, iaitu di sini, Kampung Kejora Wangi. Ratna Sari pula masih setia berada di situ, bersendirian, kesunyian menanti kekasihnya pulang ke pangkuannya semula. Sehingga kini, sudah lebih 100 tahun kisah Ratna Sari ni disimpan oleh orang2 tertentu.






“Begitulah ceritanya...” Tok Amat menamatkan ceritanya.

“Wajah kamu mungkin serupa dengan wajah Sir Andrew.. Itu yang dia ingatkan yang kekasih dia tu dah balik...” jelas Tok Amat lagi. Jefferson dan Raimy khusyuk mendengar cerita Tok Amat lagi.

“Mujurlah Ratna Sari tak buat apa2 yang lebih teruk dekat kamu.. Nampaknya dia masih ada belas dalam dirinya. Cuma dia sedih dan marah sebab ditinggalkan beratus tahun kesunyian dan tertunggu2 kekasih dia balik..”

Mereka hanya terdiam mendengar cerita Tok Amat. Mereka tidak menyangka bahawa percutian mereka telah berlaku peristiwa yang agak menakutkan itu.

“Mana Tok dapat keris tu?” tanya Raimy. Dia masih tertanya2 bagaimana Tok Amat boleh menyimpan keris yang telah meragut nyawa Ratna Sari itu. Keris itu jugalah yang telah melemahkan Ratna Sari yang ketika itu sedang mengamuk.

“Sebenarnya, Tok Amat kau ni dari keturunan pengasuh Ratna Sari tu. Itu sebablah dia simpan keris tu...” jelas Tok Wan. Mereka berdua mengangguk2.

“Tok minta diri dulu ya.. Nanti bising pulak Nek Rabiah kau tu.. Dari tadi pergi kedai tak balik2..” kata Tok Amat. Mereka ketawa dengan kata2 Tok Amat itu.

“Assalamualaikum..” ucap Tok Amat sejurus dia bangun dan menuju ke motosikalnya.

“Waalaikumusalam.” Jawab mereka.


Tok Amat menghidupkan enjin motosikalnya dan kelibat Tok Amat semakin menghilang ditelan kejauhan.




“Raimy, Jeperson, nanti2 kalau cuti lagi datanglah sini.. sekejap sangat cuti ni..” kata Opah sambil menghulurkan makanan yang dibawa bekal kepada cucunya.

“Iye Opah, lain kali kami datang bercuti dekat sini lagi..” kata Raimy.

Mereka meletakkan beg2 mereka ke dalam bonet teksi itu. Cukup seminggu mereka berdua tinggal di kampung itu. Kini mereka harus pulang semula ke kampus kerana cuti sudah habis.

“Jaga diri elok2... Apa2, telefon Tok Wan. Ibu bapa kamu tu duduk jauh. Kamu tu dah jadi tanggungjawab kami jugak..” kata Tok Wan. Raimy dan Jefferson mengangguk2.

“Tok Wan, Opah, terima kasih sebab layan saya dengan baik sepanjang saya tinggal di rumah Tok Wan dan Opah..” ucap Jefferson sambil menyalam tangan Tok Wan. Tok Wan menepuk bahu Jefferson.

“Sama2, cu. Ada masa lain kali datanglah.” Kata Tok Wan. Jefferson hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Kami pergi dulu Tok Wan, Opah,..” kata Raimy sambil menyalam tangan mereka berdua. Mereka kemudiannya masuk ke dalam perut teksi. Teksi itu mula bergerak meninggalkan halaman rumah Tok Wan dan Opah Raimy.

Suasana kampung itu ditatap Jefferson dengan perasaan yang berat hati. Dia sudah jatuh hati dengan kampung ini walaupun di kampung ini jugalah dia telah mengalami peristiwa yang pahit yang akan paling diingatinya seumur hidup. Teksi itu semakin jauh bergerak keluar dari kampung itu.

“Mie, lain kali, kalau nak balik kampung jangan lupa ajak aku tau.” Kata Jefferson.

“No problem bro...” balas Raimy. Mereka sama2 ketawa.


Akhirnya, misteri mengenai gadis itu terungkai juga. Semuanya telahpun berakhir. Penderitaan dan penantian Ratna Sari selama lebih 100 tahun telah berakhir dengan kedatangan Jefferson ke Kampung Kejora Wangi itu...




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.