“Kita kena pergi jugak banglo tu
malam ni. Budak tu dibawa ke banglo tu.”
“Siapkan semua peralatan. Kita
akan bertempur dalam hutan tu.” Kata Tok Amat sambil memandang ke arah hutan
itu.
Beberapa orang pemuda yang
merupakan anak murid Tok Amat bersiap sedia untuk masuk ke dalam hutan itu
termasuklah Tok Wan dan Raimy. Mereka harus cepat. Jefferson semakin lemah dan
pengaruh Ratna Sari keatas minda Jefferson semakin kuat. Mereka bimbang
Jefferson akan berada dalam bahaya jika mereka terlewat untuk menyelamatkan
Jefferson daripada cengkaman Ratna Sari.
“Jeff. . Tunggu kami, Jeff. Kami
akan selamatkan kau” bisik hati Raimy setelah masuk ke dalam hutan.
Setelah agak lama mereka berjalan
di dalam hutan yang gelap itu, mereka masih belum menjumpai banglo itu. Mereka
hairan kerana mengambil masa yang lama untuk menjumpai banglo itu.
“Tok... Tak jumpa apa2 pun. Dari
tadi kita asyik lalu jalan yang sama.” Kata Zali, yang merupakan salah seorang
penduduk kampung yang menyertai misi mencari.
“Benda tu dah tutup laluan ke
sana..” kata Tok Amat perlahan. Dia kemuadiannya terkumat kamit membaca sesuatu
di bibirnya dan kemudian menghembuskannya.
Angin tiba2 bertiup dengan kuat
setelah Tok Amat menghembuskannya. Kedengaran bunyi sesuatu sedang berlari ke
dalam semak yang berhampiran. Semua orang yang berada di situ terdiam.
“Jangan takut. Jangan pedulikan
apa2 yang datang. Itu semua hanya permainan syaitan.” Kata Tok Amat.
“Benda tu rasa tercabar dengan
kehadiran kita. Teruskan berjalan ke depan. Jangan pedulikan apa2.” Tok Amat
mengarahkan anak2 buahnya terus berjalan dan berzikir semasa dalam perjalanan
menuju ke tempat yang mereka tuju itu.
Patutlah tak jumpa rumah banglo
tu semalam. Ada ‘benda’ dah tutup laluan ke banglo tu rupanya.. Bisik hati
Raimy sambil terus berjalan meredah hutan di dalam kegelapan malam yang hanya
dibantu cahaya lampu suluh.
Ratna Sari duduk bersimpuh di
sebelah Jefferson sedang mengusap pipi Jefferson di atas katil. Dia dapat
merasakan sesuatu yang buruk akan tiba ke sini. Sesuatu yang akan memisahkan
dia dengan kekasih hatinya itu.
“Tidurlah sayang...” Ratna Sari
mengusap kepala Jefferson dan membuatkan Jefferson tidak sedarkan diri lagi.
Dengan itu, Jefferson tidak dapat pergi dengan mudah. Ratna Sari telah
menguasai fikiran Jefferson sepenuhnya. Jefferson terus terlena dan lena
dipangkuan Ratna Sari.
“Sekian lama dinda menanti
kepulangan kanda. Dinda tidak akan melepaskan kanda lagi. Kanda milik dinda
buat selama-lamanya.” Kata Ratna Sari dengan senyuman yang menakutkan.
Tiba2, angin kuat bertiup dan
mengejutkan Ratna Sari yang sedang leka membelai Jefferson yang sudah tidak
sedarkan diri itu lagi.
Ratna Sari bangun dari katil itu
dan perlahan2 berjalan ke arah jendela untuk menanti kedatangan musuh yang
ingin memisahkan dia dan kekasih hatinya itu. Angin kuat yang bertiup tidak
diendahkan oleh Ratna Sari. Rambutnya yang panjang mengurai dan disanggul
separuh dibahagian atas itu dibiarkan mengerbang.
Tok Amat, Raimy dan beberapa
orang penduduk kampung yang terdiri daripada anak buah Tok Amat tiba di hadapan
banglo itu. Banglo itu kelihatan sangat buruk dan usang. Mereka cuba untuk
melangkah masuk ke dalam banglo itu, namun kaki mereka tidak dapat melangkah
masuk ke dalam banglo itu. Mereka bagaikan ditolak keluar oleh sesuatu dari
banglo itu.
“Tok, benda tu buat roadblock tak
bagi kita masuk dalam la Tok.”
“Ratna Sari ! Keluar kau !” jerit
Tok Amat.
“Kenapa kau takut nak berhadapan
dengan kami?! Pulangkan cucu aku!”
Tiba2, angin kuat bertiup dan
daun2 kering yang berterbangan. Mereka semua melindungi muka mereka dengan
tangan. Tok Amat masih memandang ke arah banglo itu dengan muka yang marah.
“Keluar kau Ratna Sari !!” jerit
Tok Amat lagi. Angin yang kuat itu masih bertiup dan Tok Amat terpaksa
melindungi matanya dengan tangan. Tiba2, angin yang bertiup tadi terus hilang
dan muka mereka terus berubah.
Ratna Sari kini muncul di hadapan
mereka dengan mata yang terjegil memandang Tok Amat.
“Berani kalian mengganggu aku!”
marah Ratna Sari.
“Kau yang ganggu kami! Pulangkan
cucu aku yang kau dah ambil tu!” balas Tok Amat dengan suara yang kuat dan
marah.
“Dia milik aku! Dia pulang untuk
kembali kepadaku!” balas Ratna Sari. Dia tidak akan membiarkan kekasih hatinya
dirampas.
“Itu bukan kekasih kau, Ratna
Sari. Kekasih kau dah lama mati lepas kau ‘pergi’!” Ratna Sari masih tidak
berganjak dari situ.
“Penipu! Dia dah janji akan
kembali!” jerit Ratna Sari. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Jefferson
bukan kekasihnya.
“Ratna Sari, cukuplah berdendam
dan menunggu. Lepaskan cucu aku tu! Dia bukan kekasih kau yang kau cintai tu!
Itu bukan Tuan Andrew!”
“Andrew?” riak wajah Ratna Sari
tiba2 berubah menjadi sedih. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu disebut.
Sekian lama dia tidak mendengar nama itu dipanggil.
“Andrew dah lama pergi Ratna
Sari.. Berhentilah menunggu.” Pujuk Tok Amat. Kali ini dengan suara yang
sedikit rendah.
Suasana menjadi hening seketika.
Ratna Sari menitiskan air matanya.
“Tak mungkin... Dia tak mungkin
mungkir janji, dia tidak pernah mungkir janji.” Tiba2 mata Ratna Sari
mencerlung tajam ke arah Tok Amat. Kali ini dia merasakan sebentar lagi akan
ada perlawanan antara dia dengan Ratna Sari. Ratna Sari masih berdegil dan
tidak mahu melepaskan Jefferson.
“Jangan degil, Ratna Sari. Buruk
padahnya!” Tok Amat memberi amaran kepada Ratna Sari supaya tidak berdegil.
“Aku takkan lepaskan dia. Dia
milik aku!” mata Ratna Sari merenung tajam Tok Amat. Dia sudah nekad untuk
menghapuskan sesiapa sahaja yang ingin menghalang dia untuk terus memiliki
Jefferson.
“Degilnya kau...!” Tok Amat
merenung Ratna Sari dengan mata yang terjegil. Nampaknya Ratna Sari ini memang
degil. Jadi dia akan menggunakan cara kasar untuk mendapatkan semula Jefferson.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.