Kampung Cempaka Berduri, 1913.
Kelihatan seorang gadis yang
berpayung kertas sedang berjalan diiringi pengasuhnya yang sentiasa bersamanya
sejak kecil dan telah banyak bersusah payah membesarkannya walaupun dia bukan
anak kandung kepada wanita yang telah menjaganya sejak kecil itu.
Mereka sedang dalam perjalanan
pulang ke rumah selepas pergi ke rumah saudara Ratna Sari yang berada agak jauh
dari situ. Dalam perjalanan, mereka melihat ada sekumpulan pemuda sedang
berkumpul. Mereka berhenti daripada meneruskan perjalanan.
“Ratna Sari,... Bonda rasa kita
tak perlulah melalui jalan itu.” Kata Bonda, iaitu pengasuh kepada Ratna Sari.
Dia berasa tidak sedap hati setelah melihat gerak geri pemuda yang berada di
hadapan mereka itu. Mereka kelihatan sangat mencurigakan.
“Tapi Bonda, itu sajalah jalan
untuk kita pulang...” kata Ratna Sari. Dia juga sedikit berasa bimbang melihat
sekumpulan pemuda itu. Namun apakan daya, itu sajalah jalan yang ada untuk
mereka pulang ke rumah.
“Tapi jika ada apa2 berlaku
kepada Ratna Sari, Bonda akan rasa bersalah seumur hidup.” Suara Bonda penuh
dengan kebimbangan.
“Jangan bimbanglah, Bonda. Kita
jalan saja. Pedulikan sajalah mereka itu. Ya Bonda?” pujuk Ratna Sari dan
mengukirkan senyuman tawar. Dia ingin segera pulang ke rumah.
“Baiklah Ratna Sari... Jika Ratna
Sari pun telah berkata begitu.” Bonda berkata dengan akur.
“Kita jalan laju2 ya?” kata Bonda
lagi. Ratna Sari mengangguk. Mereka berdua berpegangan tangan.
Mereka berdua berjalan dengan
laju dan melintasi kumpulan pemuda yang sedang duduk di situ. Wajah mereka
seperti penyangak dan menakutkan. Ada yang berparut, ada yang botak dan
berlagak seperti samseng. Tiba2, tangan Ratna Sari direntap oleh salah seorang
daripada pemuda itu. Ratna Sari berasa sungguh terkejut. Kumpulan pemuda yang
berwajah penyangak itu mengelilingi mereka. Ratna Sari dan Bonda cuba untuk
melarikan diri daripada mereka, namum telah berjaya dihalang.
“Gadis cantik..” kata salah
seorang daripada pemuda itu. Ratna Sari memasamkan muka tanda benci kepada
mereka.
“Adinda manis mahu pergi ke
mana?” kata seorang lagi pemuda. Terukir senyuman jahat di wajah lelaki durjana
itu.
Mereka cuba untuk memeluk Ratna
Sari. Namun, Ratna Sari berjaya mengelakkan diri dan cuba untuk melarikan
dirinya. Tetapi malangnya, mereka berjaya menangkap Ratna Sari. Salah seorang
daripada pemuda itu memeluk Ratna Sari daripada belakang. Mereka semua ketawa
jahat. Ratna Sari meronta2 untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman mereka.
Bonda juga telah ditangkap oleh mereka.
“Lepaskann!!!” jerit Ratna Sari.
Namun, pemuda itu bertindak menutup mulut Ratna Sari dan Ratna Sari tidak dapat
bersuara.
“Malam ini, adinda jadi milik
kanda...” kata pemuda itu sambil mengusap pipi Ratna Sari. Dia dan kawannya
kemudian ketawa. Ketawa mereka kedenganran sungguh menjengkelkan.
Tiba2, satu pukulan yang keras
mengenai kepala lelaki yang memeluk Ratna Sari. Dia mengaduh kuat. Ratna Sari
segera melepaskan dirinya daripada cengkaman lelaki durjana itu. Bonda juga
terlepas daripada cengkaman lelaki itu. Mereka berdua berpelukan seketika
sebelum melihat siapakah gerangan yang menyelamatkan mereka itu.
Kelihatan seorang lelaki yang
berbadan sasa dan lebih tinggi daripada pemuda2 yang berwajah penyangak itu
sedang membelasah lelaki yang memeluk Ratna Sari itu tadi sementara rakan2 lelaki
yang berbadan sasa itu tadi membelasah penyangak2 yang lain. Hanya dengan
beberapa kali pukulan, penyangak2 itu telah berjaya dikalahkan oleh lelaki yang
bertubuh sasa dan rakan-rakannya itu.
Ratna Sari melihat gerangan
lelaki bertubuh sasa itu. Lelaki itu! Lelaki itulah yang telah melanggarnya di
pekan tempoh hari. Ratna Sari masih lagi terkaku melihat lelaki itu. Lelaki itu
berjalan ke arah Ratna Sari yang masih lagi terkaku di situ.
“Tunggu! Siapa kau ingin
mendekati anaknda ku?” Jerit Bonda kepada lelaki yang bertubuh sasa yang baru
sahaja menyelamatkan mereka. Kawan2 lelaki bertubuh sasa itu hanya memerhatikan
tingkah kawan mereka itu.
“Ham.. Hamba tidak akan mengapa2
kan anaknda tuan hamba...” kata lelaki itu. Mereka berdua terkejut melihat rupa
lelaki itu. Lelaki itu bukanlah orang sembarangan. Lelaki orang putih!
“Mahu apakah tuan hamba?” tanya
Bonda lagi. Dia masih lagi mencurigai lelaki itu. Tahu berkata bahasa di sini
rupanya. Jadi mungkin lelaki itu sudah lama tinggal di sini. Sungguh petah berkata
bahasa sini. Bisik hati Bonda.
Lelaki itu berhenti di hadapan
mereka berdua. Wajah lelaki itu semakin jelas di mata mereka. Sepasang mata
hazel yang cantik sedang merenung Ratna Sari dengan riak wajah yang
kebimbangan.
“Tuan hamba.. Ada tercedera di
mana2?” tanya lelaki itu. Ratna Sari menggelengkan kepalanya sambil menunduk.
“Marilah kita pulang...” kata
Bonda sambil yang masih memeluk bahu Ratna Sari. Mereka berdua ingin berlalu di
situ.
“Hamba hantar?” pelawa lelaki
orang putih itu. Suaranya masih lagi kedengaran bimbang.
“Tidak mengapalah.. Kami boleh
pulang sendiri.” Tolak Bonda dengan lembut.
Dia tidak selesa dengan orang asing. Lebih2 lagi orang putih yang
menjajah tanah tumpahnya darahnya.
“Jangan takut dengan hamba. Hamba
orang baik. Hamba hanya bimbangkan kalian.” Kata lelaki itu lembut.
“Baiklah. Tetapi tuan hamba tidak
boleh dekat2 dengan kami.” Kata Bonda. Dia tidak mahu lelaki itu mendekati
mereka berdua. Jika ada apa2 yang terjadi, mereka boleh melarikan diri dengan
segera.
Ratna Sari dan pengasuhnya
berjalan di hadapan. Lelaki orang putih itu pula berjalan beberapa meter
jaraknya di belakang mereka berdua. Bersama dengan orang2nya. Tiba saja di
hadapan rumahnya iaitu sebuah rumah banglo yang mempunya ciri2 seni bina dari
barat dan sedikit unsur2 timur, Ratna Sari memberhentikan langkahnya.
Pengasuhnya juga turut berhenti.
“Mengapa, Ratna Sari? Marilah
kita masuk ke dalam.” Kata Bonda yang hairan dengan Ratna Sari yang tiba2
berhenti itu. Lelaki yang mengiringi mereka pulang itu juga turut berhenti.
Ratna Sari memusingkan tubuhnya ke belakang dan berhadapan dengan lelaki itu.
“Ada apa2 kah?” tanya lelaki itu.
Ratna Sari kemudiannya menutup
payung kertasnya itu dan terserlahlah wajah jelitanya itu. Lelaki itu terkelu
melihat wajah jelita yang sedang merenungnya itu.
“Mengapa tuan hamba menyelamatkan
hamba tadi?” tanya Ratna Sari. Inilah kali pertama lelaki itu mendengar suara
gadis yang berada di hadapannya itu. Dia hampir2 tidak tahu hendak berkata apa2
apabila melihat renungan sepasang mata yang cantik jelita itu.
“Sebenarnya hamba sedang
berjalan2 bersama dengan orang bawahan hamba.” Jawab lelaki itu.
“Hamba ternampak ada kekecohan.
Jadi, hamba datang untuk menyelamatkan tuan hamba.” Sambung lelaki itu tadi.
“Terima kasih kerana menyelamatkan
hamba.” Kata Ratna Sari. Dia mengukirkan senyuman kepada lelaki itu.
Bergetar dada lelaki itu apabila
melihat senyuman di wajah gadis itu. Gadis itulah yang telah mencuri hatinya
sejak beberapa hari yang lalu. Sebenarnya, dia telah mengekori gadis itu. Dia
dalam diam telah melindungi gadis itu daripada ancaman bahaya tanpa gadis itu
ketahui. Pada hari itu juga. Dia tidak mahu muncul di hadapan gadis itu kerana
telah tahu mengenai gadis itu yang tidak suka bergaul dengan orang sembarangan.
“Siapakah nama tuan hamba?” tanya
gadis itu lagi.
“Nama hamba... Andrew. Hamba
tinggal di sini sejak kecil lagi. Jadi, hamba boleh berbahasa Melayu dengan
fasih.” Kata lelaki itu.
Ratna Sari tersenyum lagi. Dia
kemudiannya berpaling ke hadapan semula dan melangkah masuh ke kawasan
rumahnya. Andrew ditinggalkan terpinga2.
“Tunggu dulu!” panggil Andrew.
Ratna Sari memberhentikan langkahnya dan menoleh ke belakangnya.
“Siapa nama tuan hamba yang
cantik jelita ini?” tanya Andrew. Dia ingin tahu nama sebenar gadis itu.
“Ratna Sari.” Jawabnya sepatah.
Dia kemudiannya tersenyum dan melangkah masuk ke dalam rumahnya. Andrew hanya
memerhatikan langkah gadis itu yang pergi meninggalkannya. Andrew kemudiannya
tiba2 mengukirkan senyuman yang lebar. Senyuman bahagia.
“Sir Andrew, tuan kelihatan
sungguh gembira. Inilah kali pertama kami melihat tuan tersenyum begini...”
kata salah seorang orang bawahannya yang sudah lama berkhidmat dengannya.
“Sir Andrew telah jatuh cinta
kepada Ratna Sari...” sambung salah seorang orang bawahannya lagi. Mereka semua
ketawa.
Andrew mengukirkan senyuman. Ratna
Sari. Dia akan berusaha untuk memiliki gadis itu. Dia akan membahagiakan gadis
itu. Dialah gadis yang telah membuatkan hidupku terasa bermakna tatkala aku
merasakan hidupku tidak bererti dan duniaku hanya ada kesengsaraan melihat
penduduk di sini di tindas oleh orang2 ku yang kejam dan mementingkan diri. Aku
ingin memilikinya dan melindunginya sepenuh hatiku. Taman bunga ini menjadi
saksi cintaku kepadanya. Dialah cahaya dalam hidupku... Cintaku...
Selama-lamanya. Walaupun jasadnya sudah hancur dimamah bumi, Cintanya tetap
kukuh... hanya untuk Ratna Sari.
“.... kanda sayangkan adinda.”
Bisik Andrew perlahan sambil tersenyum lagi.
***the End***