Wednesday, 18 December 2013

Misteri Gadis Berpayung Kertas ( Epilog )

Kampung Cempaka Berduri, 1913.

Kelihatan seorang gadis yang berpayung kertas sedang berjalan diiringi pengasuhnya yang sentiasa bersamanya sejak kecil dan telah banyak bersusah payah membesarkannya walaupun dia bukan anak kandung kepada wanita yang telah menjaganya sejak kecil itu.

Mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pergi ke rumah saudara Ratna Sari yang berada agak jauh dari situ. Dalam perjalanan, mereka melihat ada sekumpulan pemuda sedang berkumpul. Mereka berhenti daripada meneruskan perjalanan.

“Ratna Sari,... Bonda rasa kita tak perlulah melalui jalan itu.” Kata Bonda, iaitu pengasuh kepada Ratna Sari. Dia berasa tidak sedap hati setelah melihat gerak geri pemuda yang berada di hadapan mereka itu. Mereka kelihatan sangat mencurigakan.

“Tapi Bonda, itu sajalah jalan untuk kita pulang...” kata Ratna Sari. Dia juga sedikit berasa bimbang melihat sekumpulan pemuda itu. Namun apakan daya, itu sajalah jalan yang ada untuk mereka pulang ke rumah.

“Tapi jika ada apa2 berlaku kepada Ratna Sari, Bonda akan rasa bersalah seumur hidup.” Suara Bonda penuh dengan kebimbangan.

“Jangan bimbanglah, Bonda. Kita jalan saja. Pedulikan sajalah mereka itu. Ya Bonda?” pujuk Ratna Sari dan mengukirkan senyuman tawar. Dia ingin segera pulang ke rumah.

“Baiklah Ratna Sari... Jika Ratna Sari pun telah berkata begitu.” Bonda berkata dengan akur.

“Kita jalan laju2 ya?” kata Bonda lagi. Ratna Sari mengangguk. Mereka berdua berpegangan tangan.

Mereka berdua berjalan dengan laju dan melintasi kumpulan pemuda yang sedang duduk di situ. Wajah mereka seperti penyangak dan menakutkan. Ada yang berparut, ada yang botak dan berlagak seperti samseng. Tiba2, tangan Ratna Sari direntap oleh salah seorang daripada pemuda itu. Ratna Sari berasa sungguh terkejut. Kumpulan pemuda yang berwajah penyangak itu mengelilingi mereka. Ratna Sari dan Bonda cuba untuk melarikan diri daripada mereka, namum telah berjaya dihalang.

“Gadis cantik..” kata salah seorang daripada pemuda itu. Ratna Sari memasamkan muka tanda benci kepada mereka.

“Adinda manis mahu pergi ke mana?” kata seorang lagi pemuda. Terukir senyuman jahat di wajah lelaki durjana itu.

Mereka cuba untuk memeluk Ratna Sari. Namun, Ratna Sari berjaya mengelakkan diri dan cuba untuk melarikan dirinya. Tetapi malangnya, mereka berjaya menangkap Ratna Sari. Salah seorang daripada pemuda itu memeluk Ratna Sari daripada belakang. Mereka semua ketawa jahat. Ratna Sari meronta2 untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman mereka. Bonda juga telah ditangkap oleh mereka.

“Lepaskann!!!” jerit Ratna Sari. Namun, pemuda itu bertindak menutup mulut Ratna Sari dan Ratna Sari tidak dapat bersuara.

“Malam ini, adinda jadi milik kanda...” kata pemuda itu sambil mengusap pipi Ratna Sari. Dia dan kawannya kemudian ketawa. Ketawa mereka kedenganran sungguh menjengkelkan.

Tiba2, satu pukulan yang keras mengenai kepala lelaki yang memeluk Ratna Sari. Dia mengaduh kuat. Ratna Sari segera melepaskan dirinya daripada cengkaman lelaki durjana itu. Bonda juga terlepas daripada cengkaman lelaki itu. Mereka berdua berpelukan seketika sebelum melihat siapakah gerangan yang menyelamatkan mereka itu.

Kelihatan seorang lelaki yang berbadan sasa dan lebih tinggi daripada pemuda2 yang berwajah penyangak itu sedang membelasah lelaki yang memeluk Ratna Sari itu tadi sementara rakan2 lelaki yang berbadan sasa itu tadi membelasah penyangak2 yang lain. Hanya dengan beberapa kali pukulan, penyangak2 itu telah berjaya dikalahkan oleh lelaki yang bertubuh sasa dan rakan-rakannya itu.

Ratna Sari melihat gerangan lelaki bertubuh sasa itu. Lelaki itu! Lelaki itulah yang telah melanggarnya di pekan tempoh hari. Ratna Sari masih lagi terkaku melihat lelaki itu. Lelaki itu berjalan ke arah Ratna Sari yang masih lagi terkaku di situ.

“Tunggu! Siapa kau ingin mendekati anaknda ku?” Jerit Bonda kepada lelaki yang bertubuh sasa yang baru sahaja menyelamatkan mereka. Kawan2 lelaki bertubuh sasa itu hanya memerhatikan tingkah kawan mereka itu.

“Ham.. Hamba tidak akan mengapa2 kan anaknda tuan hamba...” kata lelaki itu. Mereka berdua terkejut melihat rupa lelaki itu. Lelaki itu bukanlah orang sembarangan. Lelaki orang putih!

“Mahu apakah tuan hamba?” tanya Bonda lagi. Dia masih lagi mencurigai lelaki itu. Tahu berkata bahasa di sini rupanya. Jadi mungkin lelaki itu sudah lama tinggal di sini. Sungguh petah berkata bahasa sini. Bisik hati Bonda.

Lelaki itu berhenti di hadapan mereka berdua. Wajah lelaki itu semakin jelas di mata mereka. Sepasang mata hazel yang cantik sedang merenung Ratna Sari dengan riak wajah yang kebimbangan.

“Tuan hamba.. Ada tercedera di mana2?” tanya lelaki itu. Ratna Sari menggelengkan kepalanya sambil menunduk.

“Marilah kita pulang...” kata Bonda sambil yang masih memeluk bahu Ratna Sari. Mereka berdua ingin berlalu di situ.

“Hamba hantar?” pelawa lelaki orang putih itu. Suaranya masih lagi kedengaran bimbang.

“Tidak mengapalah.. Kami boleh pulang sendiri.” Tolak Bonda dengan lembut.  Dia tidak selesa dengan orang asing. Lebih2 lagi orang putih yang menjajah tanah tumpahnya darahnya.

“Jangan takut dengan hamba. Hamba orang baik. Hamba hanya bimbangkan kalian.” Kata lelaki itu lembut.

“Baiklah. Tetapi tuan hamba tidak boleh dekat2 dengan kami.” Kata Bonda. Dia tidak mahu lelaki itu mendekati mereka berdua. Jika ada apa2 yang terjadi, mereka boleh melarikan diri dengan segera.

Ratna Sari dan pengasuhnya berjalan di hadapan. Lelaki orang putih itu pula berjalan beberapa meter jaraknya di belakang mereka berdua. Bersama dengan orang2nya. Tiba saja di hadapan rumahnya iaitu sebuah rumah banglo yang mempunya ciri2 seni bina dari barat dan sedikit unsur2 timur, Ratna Sari memberhentikan langkahnya. Pengasuhnya juga turut berhenti.

“Mengapa, Ratna Sari? Marilah kita masuk ke dalam.” Kata Bonda yang hairan dengan Ratna Sari yang tiba2 berhenti itu. Lelaki yang mengiringi mereka pulang itu juga turut berhenti. Ratna Sari memusingkan tubuhnya ke belakang dan berhadapan dengan lelaki itu.
“Ada apa2 kah?” tanya lelaki itu.

Ratna Sari kemudiannya menutup payung kertasnya itu dan terserlahlah wajah jelitanya itu. Lelaki itu terkelu melihat wajah jelita yang sedang merenungnya itu.

“Mengapa tuan hamba menyelamatkan hamba tadi?” tanya Ratna Sari. Inilah kali pertama lelaki itu mendengar suara gadis yang berada di hadapannya itu. Dia hampir2 tidak tahu hendak berkata apa2 apabila melihat renungan sepasang mata yang cantik jelita itu.

“Sebenarnya hamba sedang berjalan2 bersama dengan orang bawahan hamba.” Jawab lelaki itu.

“Hamba ternampak ada kekecohan. Jadi, hamba datang untuk menyelamatkan tuan hamba.” Sambung lelaki itu tadi.

“Terima kasih kerana menyelamatkan hamba.” Kata Ratna Sari. Dia mengukirkan senyuman kepada lelaki itu.

Bergetar dada lelaki itu apabila melihat senyuman di wajah gadis itu. Gadis itulah yang telah mencuri hatinya sejak beberapa hari yang lalu. Sebenarnya, dia telah mengekori gadis itu. Dia dalam diam telah melindungi gadis itu daripada ancaman bahaya tanpa gadis itu ketahui. Pada hari itu juga. Dia tidak mahu muncul di hadapan gadis itu kerana telah tahu mengenai gadis itu yang tidak suka bergaul dengan orang sembarangan.

“Siapakah nama tuan hamba?” tanya gadis itu lagi.

“Nama hamba... Andrew. Hamba tinggal di sini sejak kecil lagi. Jadi, hamba boleh berbahasa Melayu dengan fasih.” Kata lelaki itu.

Ratna Sari tersenyum lagi. Dia kemudiannya berpaling ke hadapan semula dan melangkah masuh ke kawasan rumahnya. Andrew ditinggalkan terpinga2.

“Tunggu dulu!” panggil Andrew. Ratna Sari memberhentikan langkahnya dan menoleh ke belakangnya.

“Siapa nama tuan hamba yang cantik jelita ini?” tanya Andrew. Dia ingin tahu nama sebenar gadis itu.

“Ratna Sari.” Jawabnya sepatah. Dia kemudiannya tersenyum dan melangkah masuk ke dalam rumahnya. Andrew hanya memerhatikan langkah gadis itu yang pergi meninggalkannya. Andrew kemudiannya tiba2 mengukirkan senyuman yang lebar. Senyuman bahagia.

“Sir Andrew, tuan kelihatan sungguh gembira. Inilah kali pertama kami melihat tuan tersenyum begini...” kata salah seorang orang bawahannya yang sudah lama berkhidmat dengannya.

“Sir Andrew telah jatuh cinta kepada Ratna Sari...” sambung salah seorang orang bawahannya lagi. Mereka semua ketawa.

Andrew mengukirkan senyuman. Ratna Sari. Dia akan berusaha untuk memiliki gadis itu. Dia akan membahagiakan gadis itu. Dialah gadis yang telah membuatkan hidupku terasa bermakna tatkala aku merasakan hidupku tidak bererti dan duniaku hanya ada kesengsaraan melihat penduduk di sini di tindas oleh orang2 ku yang kejam dan mementingkan diri. Aku ingin memilikinya dan melindunginya sepenuh hatiku. Taman bunga ini menjadi saksi cintaku kepadanya. Dialah cahaya dalam hidupku... Cintaku... Selama-lamanya. Walaupun jasadnya sudah hancur dimamah bumi, Cintanya tetap kukuh... hanya untuk Ratna Sari.

“.... kanda sayangkan adinda.” Bisik Andrew perlahan sambil tersenyum lagi.




***the End***

Misteri Gadis Berpayung Kertas 8 (last)

Keesokan harinya, Tok Amat, Tok Wan, Opah, Raimy dan Jefferson duduk bersembang di anjung rumah Tok Wan dan Opah Raimy. Pada mulanya Tok Amat hanya datang untuk bertanyakan keadaan Jefferson.

“Tok Amat, terima kasih sebab dah tolong saya. Saya tak taulah apa jadi kat saya nanti kalau Tok Amat tak tolong..” ucap Jefferson. Dia telah mendengar semuanya daripada Raimy. Dia sendiri tidak sedar bahawa dirinya sendiri yang masuk ke dalam hutan itu.

“Itu dah memang tanggungjawab kita sesama manusia..” kata Tok Amat merendah diri. Dia menghirup kopi yang telah dihidangkan tadi.

“Tapi Tok, saya masih lagi tertanya2.. Siapa Ratna Sari yang sebenarnya?” tanya Jefferson. 

Dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai gerangan orang yang telah membuatkannya hilang kawalan diri dan menyebabkan perasaannya menjadi tidak stabil. Dia telah dipukau oleh gadis itu supaya dia tunduk kepada gadis itu dan jatuh cinta kepada gadis itu. Dia berasa seram dan hampir2 demam apabila mengingatkan bahawa dia telah jatuh cinta kepada makhluk yang bukan manusia tanpa dia rela.

“Kisah Ratna Sari ni sebenarnya dah lama tak diceritakan.. Jadi tak ramai orang sekarang yang tau..” kata Tok Amat. Dia sedang menyusun kata untuk diucapkan.

“Dulu, datuk2 kami bukanlah orang asal kampung ni. Datuk kamilah antara orang yang membuka penempatan di sini... Sebelum itu, tempat asal mereka adalah dalam hutan tu. Sebelum jadi hutan belukar, suatu masa dahulu ada kampung yang bernana Kampung Cempaka Berduri. Rumah2 dalam kampung tu sekarang memang dah lenyap... Yang tinggal sekarang ni hanya banglo yang kamu tengok semalam tu....” Tok Amat meneruskan ceritanya.






100 tahun yang lalu...

Ratna Sari tinggal dalam banglo tu.. Dia merupakan anak seorang saudagar dari Tanah Jawa.  Ibunya telah lama meninggal dunia ketika melahirkannya, ayahnya pula meninggal semasa usianya 12 tahun kerana penyakit. Jadi tinggallah Ratna Sari dan orang gajinya dalam rumah tu... Ratna Sari telah membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Kecantikannya dia tu dicemburui semua orang dalam kampung tu.

Selalunya dia akan pakai selendang dan payung kertas untuk melindungi wajah dia tu. Suatu hari, masa dia bersiar2 dengan orang gaji dia kat pekan, dia terlanggar dengan seorang lelaki British yang kebetulan sedang bersiar2 disitu. Orang kampung memanggil lelaki British tu Tuan Andrew. Tuan Andrew ni pegawai British yang masih muda. Dia juga peramah dengan orang sekeliling. Tapi jawatan yang dia sandang tu membuatkan orang tak berapa suka dengan dia dan dia anak seorang pegawai British yang berjawatan tinggi dan kejam, iaitu Tuan Antonio.

Sir Andrew ni dikatakan telah jatuh cinta terhadap Ratna Sari.Tetapi Ratna Sari tidak pada mulanya. Namun, Sir Andrew selalu datang untuk menyelamatkan Ratna Sari ketika dia dan orang gajinya diganggu samseng jalanan atau ketika Ratna Sari berada dalam bahaya. Dia juga sering melindungi Ratna Sari daripada apa2 ancaman.  Mereka semakin kerap berjumpa dan lahirlah bibit2 cinta di antara mereka berdua. Mereka selalu berjumpa di taman bunga di kawasan rumah Ratna Sari. Apabila bertemu, mereka akan saling bergurau senda dan bergelak ketawa. Mereka sangat bahagia pada saat itu.

Bagi Sir Andrew, Ratna Sari orang yang berjaya membuatkan dirinya berasa hidup dan bahagia. Dia tidak suka akan kehidupannya sebagai anak seorang pegawai yang berjawatan tinggi dan tidak disukai ramai. Kehadiran Ratna Sari dalam hidupnya telah memberi cahaya dalam hidupnya. Bagi Ratna Sari, Sir Andrew adalah pelindungnya dan menghilangkan kesunyiannya selepas kematian kedua ibu bapanya. Sir Andrew juga telah mengajarnya erti kehidupan dan sentiasa membuatkan dirinya berasa bahagia.

Namun, percintaan mereka telah dihalang oleh bapa Sir Andrew, iaitu Sir Antonio. Dia tidak suka anaknya bergaul dengan orang tempatan. Apatah lagi bercinta dengan gadis tempatan. Dia telah merancang pelbagai cara supaya mereka berdua dipisahkan. Cinta antara Sir Andrew dan Ratna Sari sangat kuat dan tidak dapat dipisahkan. Akhirnya, Sir Antonio merancang satu rancangan. Rancangan yang memulakan semuanya sehingga sekarang.

Ibu kepada Sir Andrew dan telah bercerai dengan bapa Sir Andrew. Dia tinggal di England. Dan Sir Andrew amat menyayangi ibunya. Sir Antonio mendapat tahu bahawa anaknya dan Ratna Sari akan berkahwin secara rahsia. Dia dapat tahu berita ini daripada orang gaji yang bekerja di rumah Ratna Sari. Jadi, Sir Antonio telah mengkhabarkan kepada Sir Andrew bahawa ibunya yang berada di England telah jatuh sakit dan sedang nazak. Sir Andrew ingin pulang segera melihat ibunya.

Pada masa itulah, Sir Andrew telah berjanji dengan Ratna Sari bahawa dia akan kembali dan meminta Ratna Sari menunggunya. Ratna Sari seorang yang setia. Dia berjanji akan menuggu Sir Andrew untuk kembali semula ke pangkuannya nanti dan hidup bahagia bersama. Ratna Sari berpegang kepada janjinya itu.
Setelah beberapa hari Sir Andrew meninggalkan Ratna Sari dan pulang ke England untuk menjenguk ibunya, Sir Antonio menjalankan rancangannya untuk menghapuskan Ratna Sari. Dia dan orang2nya telah bersepakat dengan salah seorang orang gaji Ratna Sari yang membelot demi harta dan kemewahan. Dia telah memengsankan semua orang gaji Ratna Sari termasuklah orang yang paling rapat dengan Ratna Sari iaitu pengasuhnya.

Malam itu, orang2 Sir Antonio telah menceroboh rumah Ratna Sari dan berlaku pergelutan di dalam bilik tidur Ratna Sari. Rancangan asal mereka ialah ingin menculik Ratna Sari dan membawanya pergi ke suatu tempat yang jauh dari situ. Namun, Ratna Sari cuba mempertahakan diri dengan menggunakan keris milik ayahnya. Tapi malangnya, salah seorang daripada orang Sir Antonio telah merampas keris itu daripada tangan Ratna Sari dan keris itu tertikam tepat di jantung Ratna Sari. Itu sebab Ratna Sari begitu takut dengan keris tempoh hari itu. Keris itulah yang telah memisahkan roh daripada jasadnya dengan begitu sadis sekali.
Orang2 suruhan Sir Antonio terus melarikan diri selepas menikam Ratna Sari. Berita kematian Ratna Sari tersebar luas. Penduduk kampung tahu siapa dalangnya, namun penjajah pada zaman itu menguasai undang2 dan menjatuhkan hukuman sesuka hati. Jadi, sir Antonio terlepas dengan mudah.

Beberapa bulan selepas itu, Sir Andrew kembali semula ke Kampung Cempaka Berduri untuk menemui kekasih hatinya yang amat dirindui. Dia benar2 terkejut dan sedih apabila mendapat tahu bahawa Ratna Sari telah meninggal dunia. Dia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya yang sanggup membunuh kekasih hatinya itu. Jadi, dia pergi jauh dari situ secara rahsia untuk membawa hatinya yang lara. Lepas tu, kami dah tak tahu apa yang telah terjadi pada Sir Andrew. Ada khabar angin mengatakan bahawa dia telah pergi jauh dari kampung itu dan kemudiannya meninggal dunia akibat jatuh sakit dan amat merindukan Ratna Sari.

Sir Antonio pula selepas anaknya lari dari rumah, beberapa bulan selepas itu dia ditemui mati akibat jatuh dari tempat tinggi. Dia dikatakan mabuk sebelum pergi ke tempat tinggi dan jatuh tergelincir. Sejak itu, roh Ratna Sari sering kelihatan berlegar2 di kawasan rumah itu. Kadang kala pada waktu malam, kelihatan kelibat Ratna Sari sedang duduk di taman bunga di kawasan rumahnya dan duduk termenung seperti sedang menunggu sesorang. Ada juga penduduk kampung yang pernah terserempak dengan roh Ratna Sari sedang berjalan2 pada tengah malam dengan payung kertas yang biasa digunakannya. Roh Ratna Sari tidak mengganngu penduduk sekitar, namun mereka takut kerana sering terserempak dengan kelibat Ratna Sari yang sedang merayau2 dengan payung kertasnya itu.

Disebabkan banyak perkara burk yang telah berlaku di kampung itu, sebahagian besar penduduk kampung nekad untuk meninggalkan kampung itu dan membuka penempatan baru, iaitu di sini, Kampung Kejora Wangi. Ratna Sari pula masih setia berada di situ, bersendirian, kesunyian menanti kekasihnya pulang ke pangkuannya semula. Sehingga kini, sudah lebih 100 tahun kisah Ratna Sari ni disimpan oleh orang2 tertentu.






“Begitulah ceritanya...” Tok Amat menamatkan ceritanya.

“Wajah kamu mungkin serupa dengan wajah Sir Andrew.. Itu yang dia ingatkan yang kekasih dia tu dah balik...” jelas Tok Amat lagi. Jefferson dan Raimy khusyuk mendengar cerita Tok Amat lagi.

“Mujurlah Ratna Sari tak buat apa2 yang lebih teruk dekat kamu.. Nampaknya dia masih ada belas dalam dirinya. Cuma dia sedih dan marah sebab ditinggalkan beratus tahun kesunyian dan tertunggu2 kekasih dia balik..”

Mereka hanya terdiam mendengar cerita Tok Amat. Mereka tidak menyangka bahawa percutian mereka telah berlaku peristiwa yang agak menakutkan itu.

“Mana Tok dapat keris tu?” tanya Raimy. Dia masih tertanya2 bagaimana Tok Amat boleh menyimpan keris yang telah meragut nyawa Ratna Sari itu. Keris itu jugalah yang telah melemahkan Ratna Sari yang ketika itu sedang mengamuk.

“Sebenarnya, Tok Amat kau ni dari keturunan pengasuh Ratna Sari tu. Itu sebablah dia simpan keris tu...” jelas Tok Wan. Mereka berdua mengangguk2.

“Tok minta diri dulu ya.. Nanti bising pulak Nek Rabiah kau tu.. Dari tadi pergi kedai tak balik2..” kata Tok Amat. Mereka ketawa dengan kata2 Tok Amat itu.

“Assalamualaikum..” ucap Tok Amat sejurus dia bangun dan menuju ke motosikalnya.

“Waalaikumusalam.” Jawab mereka.


Tok Amat menghidupkan enjin motosikalnya dan kelibat Tok Amat semakin menghilang ditelan kejauhan.




“Raimy, Jeperson, nanti2 kalau cuti lagi datanglah sini.. sekejap sangat cuti ni..” kata Opah sambil menghulurkan makanan yang dibawa bekal kepada cucunya.

“Iye Opah, lain kali kami datang bercuti dekat sini lagi..” kata Raimy.

Mereka meletakkan beg2 mereka ke dalam bonet teksi itu. Cukup seminggu mereka berdua tinggal di kampung itu. Kini mereka harus pulang semula ke kampus kerana cuti sudah habis.

“Jaga diri elok2... Apa2, telefon Tok Wan. Ibu bapa kamu tu duduk jauh. Kamu tu dah jadi tanggungjawab kami jugak..” kata Tok Wan. Raimy dan Jefferson mengangguk2.

“Tok Wan, Opah, terima kasih sebab layan saya dengan baik sepanjang saya tinggal di rumah Tok Wan dan Opah..” ucap Jefferson sambil menyalam tangan Tok Wan. Tok Wan menepuk bahu Jefferson.

“Sama2, cu. Ada masa lain kali datanglah.” Kata Tok Wan. Jefferson hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Kami pergi dulu Tok Wan, Opah,..” kata Raimy sambil menyalam tangan mereka berdua. Mereka kemudiannya masuk ke dalam perut teksi. Teksi itu mula bergerak meninggalkan halaman rumah Tok Wan dan Opah Raimy.

Suasana kampung itu ditatap Jefferson dengan perasaan yang berat hati. Dia sudah jatuh hati dengan kampung ini walaupun di kampung ini jugalah dia telah mengalami peristiwa yang pahit yang akan paling diingatinya seumur hidup. Teksi itu semakin jauh bergerak keluar dari kampung itu.

“Mie, lain kali, kalau nak balik kampung jangan lupa ajak aku tau.” Kata Jefferson.

“No problem bro...” balas Raimy. Mereka sama2 ketawa.


Akhirnya, misteri mengenai gadis itu terungkai juga. Semuanya telahpun berakhir. Penderitaan dan penantian Ratna Sari selama lebih 100 tahun telah berakhir dengan kedatangan Jefferson ke Kampung Kejora Wangi itu...




Misteri Gadis Berpayung Kertas 7

Pertarungan sengit berlaku di antara Tok Amat dan Ratna Sari. Ratna Sari masih tidak ingin mengalah. Begitu jugak dengan Tok Amat. Dia harus cepat, jika tidak Jefferson tidak dapat diselamatkan lagi. Rohnya tidak akan dapat kembali ke jasadnya semula dan dia tidak akan sedar lagi. Tok Amat menggunakan semua ilmu yang ada padanya untuk mengalahkan Ratna Sari.
Setelah agak lama mereka bertarung, Ratna Sari mulai lemah. Tok Amat terus menyerang Ratna Sari dengan bermacam2 cara.

“Aku takkan lepaskan dia!!!” teriak Ratna Sari dan menyerang Tok Amat. Tok Amat tidak mempunyai pilihan lain. Dia terpaksa menggunakan benda itu. Tok Amat mengeluarkan keris dari dalam begnya. Ratna Sari tiba2 terhenti daripada menyerang Tok Amat. Dia kelihatan sungguh terkejut melihat keris itu.

“Kau takut dengan keris ni kan? Inilah keris yang sama yang pernah menembusi jantung kau suatu ketika dahulu kan?” kata Tok Amat dengan suara yang tinggi.

“Tak... Jangan..” Ratna Sari cuba melarikan diri daripada Tok Amat yang semakin mendekatinya sambil mengacukan keris itu. Ratna Sari cuba untuk melarikan diri, namun dia tiba2 tidak dapat bergerak. Dirinya telah dikepung! Kelihatan anak2 buah Tok Amat telah memagari tempat itu supaya dia tidak dapat melarikan diri.

“Grrr....” Ratna Sari semakin mengganas dan agresif. Dia berjalan mundar -mandir mengelilingi ‘pagar’ itu untuk melarikan diri.

Tok Amat mengarahkan anak2 buahnya supaya menjauhkan diri mereka dari ‘pagar’ itu. Ratna Sari akan merasuk sesiapa sahaja untuk melarikan diri.

Ratna Sari kini telah dikepung dan tidak dapat melarikan dirinya lagi. Tanpa membuang masa, Tok Amat menikam keris itu di bahagian dada Ratna Sari.

“Pergilah kau!!!” jerit Tok Amat sambil terus menikam jantung Ratna Sari dengan lebih dalam lagi.

“Arghhhhhh!!” raung Ratna Sari.

“Pergilah pulang ke tempat asalmu..” kata Tok Amat perlahan.

Ratna Sari merenung sayu ke arah tingkap bilik yang menempatkan Jefferson. Tiba2, matanya menangkap sesusuk tubuh seorang lelaki yang muncul dari kabus dan berjalan mendekatinya. Tubuh lelaki itu semakin lama semakin jelas dimatanya. Lelaki itu memakai pakaian yang biasa dipakai oleh lelaki British pada zaman dahulu. Perlahan2 Ratna Sari mengukirkan senyuman dalam kesakitan yang semakin mencengkam.

“Andrew...” sebut Ratna Sari perlahan. Ya, inilah orang yang ditunggu2 selama ini. Akhirnya... Perlahan2 air mata Ratna Sari mengalir.

Lelaki itu berada betul2 di hadapan Ratna Sari. Hanya dia yang dapat melihat Andrew. Lelaki itu mengusap2 pipi dan mengesat air mata Ratna Sari. Pandangan matanya memberi isyarat supaya berhenti menangis. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah Ratna Sari dan Andrew.
“Janganlah butakan matamu dengan dendam kesumat lagi, sayang. Marilah kita pergi bersama... Kanda sudah lama menunggu dinda. Maafkan kanda kerana tidak melindungi dinda..” Kata Andrew dengan lembut dan sedih.

Andrew...Kekasihnya... Masih tidak berubah walau sedikitpun. Tutur katanya yang sentiasa lemah lembut. Pandangan matanya yang penuh dengan belas dan kasih sayang. Sentiasa mengasihi dan melindungi dirinya sepenuh hati. Kekasih yang telah berjanji sehidup semati bersama2.

Andrew mendakap Ratna Sari bagaikan ingin melindunginya. Ratna Sari memejamkan matanya. Kesakitan yang menusuk dadanya tadi bagaikan tidak terasa lagi selepas melihat Andrew. Perlahan2, Ratna Sari dan Andrew bertukar menjadi debu2 yang berterbangan di udara dan terus lenyap dibawa angin kuat yang datang secara tiba2. Semua orang yang berada di situ terdiam menyaksikan kejadian itu. Selepas itu suasana menjadi sunyi dan tenang. Yang ada hanyalah bunyi2 cengkerik dan bunyi2 haiwan yang berada di dalam hutan.

“Cepat tengok keadaan budak tu!” kata Tok Amat. Mereka bergegas masuk ke dalam banglo itu.

Mereka melihat keadaan banglo itu yang sungguh usang. Tumbuhan2 menjalar tumbuh meliar di dalam rumah itu. Terdapat struktur banglo itu yang sudahpun runtuh.

“Hati2... Tempat ni tak kukuh.” Tok Amat, Raimy dan beberapa orang penduduk kampung mendaki anak tangga itu dengan berhati-hati. Yang selebihnya hanya tinggal di bawah atas arahan Tok Amat.

Sebaik sahaja naik ke tingkat atas, mereka melihat terdapat banyak pintu bilik. Mereka melihat satu persatu bilik itu untuk mencari Jefferson sambil menjerit nama Jefferson.

“Tok Amat ! Dah jumpa!” jerit seorang pemuda di salah sebuah bilik yang terdapat di situ. 

Mereka semua bergegas menuju ke arah bilik itu. Mereka melihat keadaan bilik itu yang berselerak dan seperti pernah digeledah. Di sudut bilik itu, terdapat sebuah potret lukisan seorang perempuan yang cantik bersanggul dan memakai kebaya putih sedang tersenyum. Kedudukan potret itu senget dan kotor serta bersawang. Mereka melihat Jefferson sedang terbaring di atas katil bertiang yang sungguh usang dan kayunya telahpun reput.

“Angkat dia dari katil tu.” Arah Tok Amat. Dia mengarahkan agar Jefferson diangkat dari katil itu kerana bimbang kayu yang berada di atas katil bertiang itu akan jatuh menimpa mereka.

Setelah membaringkan Jefferson di atas lantai, Tok Amat mula merawat Jefferson dan mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu yang tidak didengari oleh mereka. Kemuadian, Tok Amat menghembuskan nafasnya ke muka Jefferson. Tok Amat kemudiannya merenjis air ke muka Jefferson. Jefferson membuka matanya. Dia berasa hairan melihat ramai orang mengelilinginya. Bilik itu gelap dan hanya disinari cahaya bulan mengambang serta cahaya lampu suluh.

“Jeff ! Kau okey tak?” tanya Raimy. Jefferson bangun dengan wajah yang terpinga2. Badannya terasa penat dan lenguh2. Tempat apa ni? Dia memandang kawasan sekeliling. Mana Ratna Sari?

“Benda tu dah pergi.” Kata Tok Amat. Dia mengerti apa yang berada di fikiran  anak muda dihadapannya itu.

“Benda?” Jefferson pelik. Benda apa?

“Ratna Sari. Itu bukan manusia.” Kata Tok Amat. Jefferson terkejut. Bukan manusia? Habis tu apa? Hantukah? Muka Jefferson bertukar menjadi pucat.

“Tak payah fikirlah. Sekarang ni kamu balik dan berehat dulu.” Kata Tok Amat. Mereka membantu Jefferson untuk bangun dan memapahnya keluar.

Sebelum mereka keluar dari bilik itu, Jefferson berhenti dan menyuluh bilik itu. Dia melihat keadaan sekeliling bilik itu. Pokok2 tumbuh meliar di sekelilingnya. Jefferson mengerutkan dahinya. Perabot2 masih berada dalam kedudukan yang sama, tetapi keadaan perabot itu ada yang telah usang dan reput. Pelik. Adakah semua ini hanya khayalannya? Sebentar tadi semuanya kelihatan cantik dan baru. Kini tidak seperti yang dia mula2 lihat. Bilik itu berbau harum dengan bau bunga dan kelihatan sangat indah semasa dia mula2 datang ke sini. Namun, di hadapannya kini hanya sebuah tempat yang buruk dan usang serta berbau sedikit busuk dan hapak. Bilik itu kelihatan sedikit berselerak. Pintu jendela juga telah terkopak. Di suatu sudut di bilik itu, dia melihat ada sebuah potret yang agak besar dan senget. Potret lukisan seorang perempuan. Dia kenal gerangan perempuan di dalam potret yang dikelilingi tumbuhan yang tumbuh meliar di bilik itu. Gadis itu. Ratna Sari. Di suatu sudut bilik yang lain, dia ternampak sekaki payung kertas yang lama. Itu payung kertas yang selalu digunakan Ratna Sari. Sebentar tadi dia tengok payung itu masih lagi dalam keadaan yang elok dan cantik. Tapi kini hanya tinggal rangka buluhnya yang hampir reput.

“Jeff...” panggil Raimy. Serta merta Jefferson menoleh ke arah Raimy yang berada di hadapannya.

“Sudahlah tu nak. Baliklah. Itu semua hanyalah khayalan.” Kata Tok Amat sambil menepuk bahu Jefferson. Mereka berdua turun ke bawah dan keluar dari banglo itu. Sekali lagi Jefferson memandang ke arah banglo itu setelah mereka keluar dari banglo itu. Semasa dia mula2 datang ke sini, rumah itu sangat cantik dan menarik hati sesiapapun yang melihatnya. Pokok2 bunga banyak ditanam di kawasan banglo itu dan terdapat taman bunga di suatu sudut kawasan banglo itu. Kini, hanya kelihatan sebuah rumah yang usang dan sebahagiannya telah roboh. Dinding2 rumah itu telah ditumbuhi tumbuhan2 dan menenggelamkan rupa indah banglo itu. Mereka semakin jauh daripada banglo itu.

 Tiba2, Jefferson ternampak sesuatu. Kakinya berhenti melangkah dan dia berpusing ke belakang. Dia melihat rumah itu kembali cantik dan pokok2 bunga kembali mekar berkembang. Di suatu sudut di taman bunga itu, kelihatan seorang lelaki orang putih dan seorang perempuan berkebaya putih dan bersanggul sedang duduk di situ. Mereka saling bergurau senda dan ketawa. Sinar kebahagiaan jelas terpancar di wajah mereka.

“Jeff..” panggil Raimy dengan kuat. Apa lagi la yang dia tenung2 lagi kat rumah buruk tu?
Jefferson tersentak. Dia menoleh ke arah Raimy.

“Sorry bro..” Dia berpaling ke hadapan dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah. 

Jefferson menoleh sekejap untuk melihat rumah yang telah menyimpan banyak peristiwa2 aneh yang tidak dapat dijelaskan itu. Dia ingin melihat untuk kali terakhir pasangan kekasih itu tadi. Namun, semua yang dia lihat tadi telah hilang dan kini hanya tinggal rumah usang yang buruk dan semakin lenyap ditelan kejauhan.


“Mungkin itu semua hanya khayalan aku..” bisik hati Jefferson. Dia masih lagi bingung mengenai perkara yang telah dialaminya hari ini.



Misteri Gadis Berpayung Kertas 6

“Kita kena pergi jugak banglo tu malam ni. Budak tu dibawa ke banglo tu.”

“Siapkan semua peralatan. Kita akan bertempur dalam hutan tu.” Kata Tok Amat sambil memandang ke arah hutan itu.

Beberapa orang pemuda yang merupakan anak murid Tok Amat bersiap sedia untuk masuk ke dalam hutan itu termasuklah Tok Wan dan Raimy. Mereka harus cepat. Jefferson semakin lemah dan pengaruh Ratna Sari keatas minda Jefferson semakin kuat. Mereka bimbang Jefferson akan berada dalam bahaya jika mereka terlewat untuk menyelamatkan Jefferson daripada cengkaman Ratna Sari.

“Jeff. . Tunggu kami, Jeff. Kami akan selamatkan kau” bisik hati Raimy setelah masuk ke dalam hutan.

Setelah agak lama mereka berjalan di dalam hutan yang gelap itu, mereka masih belum menjumpai banglo itu. Mereka hairan kerana mengambil masa yang lama untuk menjumpai banglo itu.

“Tok... Tak jumpa apa2 pun. Dari tadi kita asyik lalu jalan yang sama.” Kata Zali, yang merupakan salah seorang penduduk kampung yang menyertai misi mencari.

“Benda tu dah tutup laluan ke sana..” kata Tok Amat perlahan. Dia kemuadiannya terkumat kamit membaca sesuatu di bibirnya dan kemudian menghembuskannya.

Angin tiba2 bertiup dengan kuat setelah Tok Amat menghembuskannya. Kedengaran bunyi sesuatu sedang berlari ke dalam semak yang berhampiran. Semua orang yang berada di situ terdiam.

“Jangan takut. Jangan pedulikan apa2 yang datang. Itu semua hanya permainan syaitan.” Kata Tok Amat.

“Benda tu rasa tercabar dengan kehadiran kita. Teruskan berjalan ke depan. Jangan pedulikan apa2.” Tok Amat mengarahkan anak2 buahnya terus berjalan dan berzikir semasa dalam perjalanan menuju ke tempat yang mereka tuju itu.

Patutlah tak jumpa rumah banglo tu semalam. Ada ‘benda’ dah tutup laluan ke banglo tu rupanya.. Bisik hati Raimy sambil terus berjalan meredah hutan di dalam kegelapan malam yang hanya dibantu cahaya lampu suluh.






Ratna Sari duduk bersimpuh di sebelah Jefferson sedang mengusap pipi Jefferson di atas katil. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk akan tiba ke sini. Sesuatu yang akan memisahkan dia dengan kekasih hatinya itu.

“Tidurlah sayang...” Ratna Sari mengusap kepala Jefferson dan membuatkan Jefferson tidak sedarkan diri lagi. Dengan itu, Jefferson tidak dapat pergi dengan mudah. Ratna Sari telah menguasai fikiran Jefferson sepenuhnya. Jefferson terus terlena dan lena dipangkuan Ratna Sari.

“Sekian lama dinda menanti kepulangan kanda. Dinda tidak akan melepaskan kanda lagi. Kanda milik dinda buat selama-lamanya.” Kata Ratna Sari dengan senyuman yang menakutkan.

Tiba2, angin kuat bertiup dan mengejutkan Ratna Sari yang sedang leka membelai Jefferson yang sudah tidak sedarkan diri itu lagi.

Ratna Sari bangun dari katil itu dan perlahan2 berjalan ke arah jendela untuk menanti kedatangan musuh yang ingin memisahkan dia dan kekasih hatinya itu. Angin kuat yang bertiup tidak diendahkan oleh Ratna Sari. Rambutnya yang panjang mengurai dan disanggul separuh dibahagian atas itu dibiarkan mengerbang.






Tok Amat, Raimy dan beberapa orang penduduk kampung yang terdiri daripada anak buah Tok Amat tiba di hadapan banglo itu. Banglo itu kelihatan sangat buruk dan usang. Mereka cuba untuk melangkah masuk ke dalam banglo itu, namun kaki mereka tidak dapat melangkah masuk ke dalam banglo itu. Mereka bagaikan ditolak keluar oleh sesuatu dari banglo itu.

“Tok, benda tu buat roadblock tak bagi kita masuk dalam la Tok.”

“Ratna Sari ! Keluar kau !” jerit Tok Amat.

“Kenapa kau takut nak berhadapan dengan kami?! Pulangkan cucu aku!”

Tiba2, angin kuat bertiup dan daun2 kering yang berterbangan. Mereka semua melindungi muka mereka dengan tangan. Tok Amat masih memandang ke arah banglo itu dengan muka yang marah.

“Keluar kau Ratna Sari !!” jerit Tok Amat lagi. Angin yang kuat itu masih bertiup dan Tok Amat terpaksa melindungi matanya dengan tangan. Tiba2, angin yang bertiup tadi terus hilang dan muka mereka terus berubah.

Ratna Sari kini muncul di hadapan mereka dengan mata yang terjegil memandang Tok Amat.
“Berani kalian mengganggu aku!” marah Ratna Sari.

“Kau yang ganggu kami! Pulangkan cucu aku yang kau dah ambil tu!” balas Tok Amat dengan suara yang kuat dan marah.

“Dia milik aku! Dia pulang untuk kembali kepadaku!” balas Ratna Sari. Dia tidak akan membiarkan kekasih hatinya dirampas.

“Itu bukan kekasih kau, Ratna Sari. Kekasih kau dah lama mati lepas kau ‘pergi’!” Ratna Sari masih tidak berganjak dari situ.

“Penipu! Dia dah janji akan kembali!” jerit Ratna Sari. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Jefferson bukan kekasihnya.

“Ratna Sari, cukuplah berdendam dan menunggu. Lepaskan cucu aku tu! Dia bukan kekasih kau yang kau cintai tu! Itu bukan Tuan Andrew!”

“Andrew?” riak wajah Ratna Sari tiba2 berubah menjadi sedih. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu disebut. Sekian lama dia tidak mendengar nama itu dipanggil.

“Andrew dah lama pergi Ratna Sari.. Berhentilah menunggu.” Pujuk Tok Amat. Kali ini dengan suara yang sedikit rendah.

Suasana menjadi hening seketika. Ratna Sari menitiskan air matanya.

“Tak mungkin... Dia tak mungkin mungkir janji, dia tidak pernah mungkir janji.” Tiba2 mata Ratna Sari mencerlung tajam ke arah Tok Amat. Kali ini dia merasakan sebentar lagi akan ada perlawanan antara dia dengan Ratna Sari. Ratna Sari masih berdegil dan tidak mahu melepaskan Jefferson.

“Jangan degil, Ratna Sari. Buruk padahnya!” Tok Amat memberi amaran kepada Ratna Sari supaya tidak berdegil.

“Aku takkan lepaskan dia. Dia milik aku!” mata Ratna Sari merenung tajam Tok Amat. Dia sudah nekad untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang ingin menghalang dia untuk terus memiliki Jefferson.


“Degilnya kau...!” Tok Amat merenung Ratna Sari dengan mata yang terjegil. Nampaknya Ratna Sari ini memang degil. Jadi dia akan menggunakan cara kasar untuk mendapatkan semula Jefferson.



Misteri Gadis Berpayung Kertas 5

Di tebing sungai itu, penduduk kampung sedang berkumpul untuk mencari orang hilang di kawasan sungai itu. Beberapa orang penduduk kampung juga menyelam untuk mencari orang yang hilang itu. Ada juga yang masuk ke dalam hutan sambil menjerit memanggil nama Jefferson.

“Betul ke kamu nampak kawan kamu tu masuk dalam hutan tu?” tanya Tok Wan kepada Raimy. Ingin mendapatkan kepastian.

“Betul Tok. Mie tertidur waktu tu. Bila Mie, terbangun, Mie tengok Jeff dah masuk dalam hutan tu. Mie cuba kejar dia, tapi dia jalan cepat sangat. Dia hilang terus kat dalam hutan tu. Mie panggil dia, dia tak toleh pun dan terus jalan.” Cerita Raimy panjang lebar.

Sewaktu mereka berdua berehat tadi, dia dan Jefferson terlelap. Beberapa ketika kemudian, dia terjaga dan ternampak Jefferson sudah masuk ke dalam hutan. Dia menjerit memanggil nama Jefferson, namun Jefferson langsung tidak menoleh ke arahnya dan terus berjalan masuk ke dalam hutan. Dia mengejar Jefferson sehingga ke dalam hutan, namun tiba2 kelibat Jefferson semakin hilang disebalik pokok2 besar di dalam hutan itu.

“Benda tu memang nak sesuatu.” Kata Tok Amat, kawan Tok Wan yang juga merupakan pengamal perubatan tradisional di kampung itu atau dikenali sebagai bomoh.

“Aku pun rasa macam tu. Dah lama sangat benda tu duduk situ jadi penunggu. Dia dah jumpa orang yang dia cari.” Kata Tok Wan.

Raimy mengerutkan dahinya. Dia langsung tidak memahami apa yang Tok Wannya dan Tok Amat sedang katakan. Penunggu? Okey. Dia percaya dalam hutan tu memang ada penunggu. Tapi penunggu tu nak cari apa? Kenapa sampai libatkan Jefferson?

“Kita mesti bawa budak tu balik sebelum matahari naik esok. Kalau tidak, budak tu tak boleh dibawa balik lagi dah..” kata tok Amat. Dia sedang memikirkan sesuatu.

“Aku sangkakan semua ni cerita mengarut orang2 tua aje, Mat. Tak sangka pulak betul. Dah beratus tahun berlalu..” kata Tok Wan perlahan.

“Kadang kala benda yang orang tua-tua cakap tu selalunya ada betulnya..” balas tok Amat.






Air sungai yang mengalir itu sungguh menenangkan. Pemandangan kawasan sungai yang berlatar belakangkan gunung ganang menyejukkan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Kawasan itu masih belum tercemar dengan kerosakan2 seperti yang Jefferson biasa lihat.
Gadis itu menutup payung buluhnya dan duduk bersimpuh di bawah sebatang pokok yang rendang. Jefferson juga duduk di bawah pokok itu.

“Ratna Sari..” panggil Jefferson. Matanya merenung wajah jelita gadis itu.

“Ada apa tuan hamba?” balas Ratna Sari. Dia memberikan senyuman kepada Jefferson.

“Ratna Sari cantik.” Puji Jefferson. 

Dia kini benar2 jatuh cinta kepada gadis itu. Perkenalan mereka terlalu singkat, tetapi Jefferson seperti sudah benar2 jatuh cinta kepada gadis itu. Gadis itu bagaikan mempunyai suatu aura yang membuatkan Jefferson terpesona dengannya dan menjadi angau.
Gadis itu tersenyum mendengar kata2 pujian dari Jefferson.

“Adakah tuan hamba akan menemani hamba selama lamanya?” tanya Ratna Sari.

“Saya akan sentiasa menemani Ratna Sari.” Balas Jefferson. Dia semakin berubah dan perlahan2 terpengaruh dengan pujuk rayu gadis itu. Dia semakin tenggelam dengan godaan dan rayuan gadis itu. Di dalam fikirannya hanya ada gadis itu.

“Marilah dekat pada hamba...” ajak gadis itu dengan suara yang menggoda. Jefferson yang bagaikan dipukau terus merapati gadis itu. Mereka berdua saling berpelukan bagaikan orang sedang melepaskan rasa cinta masing –masing.

Perlahan2 tangan Jefferson melingkari pinggang Ratna Sari dan mengusap lembut pipi gadis itu. Gadis itu memejamkan matanya menikmati kelembutan tangan yang mengusap pipinya itu.

“Berjanjilah kepada hamba.. Yang tuan hamba tidak akan meninggalkan hamba.” Gadis itu merenung ke dalam mata Jefferson.

“Saya janji.. Tidak akan meninggalkan Ratna Sari.” Gadis itu tersenyum lebar setelah mendengar kata2 Jefferson. Nampaknya lelaki itu sudah masuk ke dalam perangkapnya. Dia akan terus memiliki lelaki itu buat selama-lamanya.

“Walaupun ada banyak halangan yang datang?” tanya gadis itu lagi. Jefferson mengangguk.

“Ya. Saya tidak akan meninggalkan Ratna Sari walaupun ada banyak halangan yang datang. Diri saya hanya milik Ratna Sari. Tidak ada sesiapa yang boleh memisahkan kita.” Kata Jefferson dengan suara seakan2 memujuk gadis itu supaya yakin bahawa dia tidak akan meniggalkan gadis itu. 

Dia ingin bersama dengan gadis itu buat selama-lamanya.
Ratna Sari menyandarkan tubuhnya ke dada Jefferson. Tangan Jefferson masih melingkari pinggang ramping Ratna Sari. Mereka berdua menikmati pemandangan indah alam semula jadi di hadapan mereka.

“Pulangkan cucu aku!” Ratna Sari tiba2 tersentak dan membuka matanya. Siapakah yang berani mengganggu aku?!

Jefferson yang sedang memeluk Ratna Sari itu juga terkejut dengan tindakan Ratna Sari yang tiba2 terjaga dan tersentak.

“Mengapa sayang?” tanya Jefferson kehairanan. Ratna Sari melepaskan dirinya daripada rangkulan Jefferson.

“Tidak ada apa2.. Marilah kita pulang. Hari pun sudah petang.” Kata gadis itu lembut. Jefferson akur dengan kata2 gadis itu. Mereka berdua berjalan pulang ke rumah Ratna Sari dengan tangan Jefferson melilit pinggang Ratna Sari.

“Mengapa peluk hamba?” tanya gadis itu malu2. Dia berasa malu apabila Jefferson memeluk pinggangnya semasa mereka berdua sedang berjalan.

“Saya tidak mahu melepaskan Ratna Sari.” Kata Jefferson lembut. Gadis itu menunduk malu. Mereka berdua terus berjalan pulang ke rumah Ratna Sari. Riak muka masing2 menunjukkan kebahagiaan yang jelas terpancar pada muka mereka.





“Macam mana Tok? Dah dapat kesan ke kawan saya tu ada kat mana?” tanya Raimy. Hari sudah malam. Namun, masih belum ada apa2 khabar berita mengenai Jefferson.

“Tak syak lagi. Penunggu dekat banglo dalam hutan tu dah ambil kawan kau tu.” Kata Tok Amat. Penunggu banglo? Banglo tu ada penunggu ke?

“Penunggu banglo? Tok maksudkan banglo yang kami pernah jumpa dulu tu ke?” tanya Raimy.

“Yelah. Banglo tu ada satu je dekat situ. Benda tu tak kacau orang. Tapi, dia tunggu sesuatu.” Jawab Tok Amat.

“Tunggu sesuatu? Apa maksud Tok?”

“Kalau tak silap Tok, datuk kepada Tok pernah cerita.. Dulu, ada seorang perempuan nama Ratna Sari yang tinggal dalam banglo tu. Orang cakap dia tunggu kekasih dia datang. Dia bercinta dengan orang putih yang jajah tempat ni. Tapi ayah orang putih tu menentang. Jadi dia arahkan orang2 dia bunuh Ratna Sari tu semasa kekasih dia balik ke England. Ratna Sari ni setia orangnya, dia tetap menunggu kekasih dia datang walaupun nyawa dia telah terpisah daripada jasad. Kawan kamu tu kan orang putih.. Itu sebab dia ambil kawan kamu tu.. Rupa kawan kamu tu jugak mungkin serupa dengan kekasih dia. Dia ingat kekasih dia dah balik.” Cerita Tok Wan panjang lebar.

“Kesian Ratna Sari tu.” Kata Raimy perlahan. Dia bersimpati dengan Ratna Sari setelah mendengar kisahnya. Cinta yang tidak kesampaian dan menunggu orang yang disayangi kembali ke pangkuan untuk beratus tahun.


“Memang kesian. Orang cakap lepas kematian Ratna Sari, kampung tu tak lagi aman. Ratna Sari selalu kelihatan di mana2 sahaja. Ayah kekasih dia pula khabarnya mati mengejut lepas beberapa bulan kematian Ratna Sari. Orang kampung mula berpindah ke tempat lain dan tinggallah Ratna Sari yang kesunyian dan menanti kepulangan kekasih dia tu” kata Tok Wan.