Pertarungan sengit berlaku di
antara Tok Amat dan Ratna Sari. Ratna Sari masih tidak ingin mengalah. Begitu
jugak dengan Tok Amat. Dia harus cepat, jika tidak Jefferson tidak dapat
diselamatkan lagi. Rohnya tidak akan dapat kembali ke jasadnya semula dan dia
tidak akan sedar lagi. Tok Amat menggunakan semua ilmu yang ada padanya untuk
mengalahkan Ratna Sari.
Setelah agak lama mereka
bertarung, Ratna Sari mulai lemah. Tok Amat terus menyerang Ratna Sari dengan
bermacam2 cara.
“Aku takkan lepaskan dia!!!”
teriak Ratna Sari dan menyerang Tok Amat. Tok Amat tidak mempunyai pilihan
lain. Dia terpaksa menggunakan benda itu. Tok Amat mengeluarkan keris dari
dalam begnya. Ratna Sari tiba2 terhenti daripada menyerang Tok Amat. Dia
kelihatan sungguh terkejut melihat keris itu.
“Kau takut dengan keris ni kan?
Inilah keris yang sama yang pernah menembusi jantung kau suatu ketika dahulu
kan?” kata Tok Amat dengan suara yang tinggi.
“Tak... Jangan..” Ratna Sari cuba
melarikan diri daripada Tok Amat yang semakin mendekatinya sambil mengacukan
keris itu. Ratna Sari cuba untuk melarikan diri, namun dia tiba2 tidak dapat
bergerak. Dirinya telah dikepung! Kelihatan anak2 buah Tok Amat telah memagari
tempat itu supaya dia tidak dapat melarikan diri.
“Grrr....” Ratna Sari semakin
mengganas dan agresif. Dia berjalan mundar -mandir mengelilingi ‘pagar’ itu
untuk melarikan diri.
Tok Amat mengarahkan anak2
buahnya supaya menjauhkan diri mereka dari ‘pagar’ itu. Ratna Sari akan merasuk
sesiapa sahaja untuk melarikan diri.
Ratna Sari kini telah dikepung
dan tidak dapat melarikan dirinya lagi. Tanpa membuang masa, Tok Amat menikam
keris itu di bahagian dada Ratna Sari.
“Pergilah kau!!!” jerit Tok Amat
sambil terus menikam jantung Ratna Sari dengan lebih dalam lagi.
“Arghhhhhh!!” raung Ratna Sari.
“Pergilah pulang ke tempat asalmu..”
kata Tok Amat perlahan.
Ratna Sari merenung sayu ke arah
tingkap bilik yang menempatkan Jefferson. Tiba2, matanya menangkap sesusuk
tubuh seorang lelaki yang muncul dari kabus dan berjalan mendekatinya. Tubuh
lelaki itu semakin lama semakin jelas dimatanya. Lelaki itu memakai pakaian yang
biasa dipakai oleh lelaki British pada zaman dahulu. Perlahan2 Ratna Sari
mengukirkan senyuman dalam kesakitan yang semakin mencengkam.
“Andrew...” sebut Ratna Sari
perlahan. Ya, inilah orang yang ditunggu2 selama ini. Akhirnya... Perlahan2 air
mata Ratna Sari mengalir.
Lelaki itu berada betul2 di
hadapan Ratna Sari. Hanya dia yang dapat melihat Andrew. Lelaki itu mengusap2
pipi dan mengesat air mata Ratna Sari. Pandangan matanya memberi isyarat supaya
berhenti menangis. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah Ratna Sari dan Andrew.
“Janganlah butakan matamu dengan
dendam kesumat lagi, sayang. Marilah kita pergi bersama... Kanda sudah lama
menunggu dinda. Maafkan kanda kerana tidak melindungi dinda..” Kata Andrew
dengan lembut dan sedih.
Andrew...Kekasihnya... Masih
tidak berubah walau sedikitpun. Tutur katanya yang sentiasa lemah lembut.
Pandangan matanya yang penuh dengan belas dan kasih sayang. Sentiasa mengasihi dan
melindungi dirinya sepenuh hati. Kekasih yang telah berjanji sehidup semati
bersama2.
Andrew mendakap Ratna Sari
bagaikan ingin melindunginya. Ratna Sari memejamkan matanya. Kesakitan yang
menusuk dadanya tadi bagaikan tidak terasa lagi selepas melihat Andrew.
Perlahan2, Ratna Sari dan Andrew bertukar menjadi debu2 yang berterbangan di
udara dan terus lenyap dibawa angin kuat yang datang secara tiba2. Semua orang
yang berada di situ terdiam menyaksikan kejadian itu. Selepas itu suasana
menjadi sunyi dan tenang. Yang ada hanyalah bunyi2 cengkerik dan bunyi2 haiwan
yang berada di dalam hutan.
“Cepat tengok keadaan budak tu!”
kata Tok Amat. Mereka bergegas masuk ke dalam banglo itu.
Mereka melihat keadaan banglo itu
yang sungguh usang. Tumbuhan2 menjalar tumbuh meliar di dalam rumah itu.
Terdapat struktur banglo itu yang sudahpun runtuh.
“Hati2... Tempat ni tak kukuh.”
Tok Amat, Raimy dan beberapa orang penduduk kampung mendaki anak tangga itu
dengan berhati-hati. Yang selebihnya hanya tinggal di bawah atas arahan Tok
Amat.
Sebaik sahaja naik ke tingkat
atas, mereka melihat terdapat banyak pintu bilik. Mereka melihat satu persatu
bilik itu untuk mencari Jefferson sambil menjerit nama Jefferson.
“Tok Amat ! Dah jumpa!” jerit
seorang pemuda di salah sebuah bilik yang terdapat di situ.
Mereka semua
bergegas menuju ke arah bilik itu. Mereka melihat keadaan bilik itu yang
berselerak dan seperti pernah digeledah. Di sudut bilik itu, terdapat sebuah
potret lukisan seorang perempuan yang cantik bersanggul dan memakai kebaya
putih sedang tersenyum. Kedudukan potret itu senget dan kotor serta bersawang.
Mereka melihat Jefferson sedang terbaring di atas katil bertiang yang sungguh
usang dan kayunya telahpun reput.
“Angkat dia dari katil tu.” Arah
Tok Amat. Dia mengarahkan agar Jefferson diangkat dari katil itu kerana bimbang
kayu yang berada di atas katil bertiang itu akan jatuh menimpa mereka.
Setelah membaringkan Jefferson di atas lantai,
Tok Amat mula merawat Jefferson dan mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu yang
tidak didengari oleh mereka. Kemuadian, Tok Amat menghembuskan nafasnya ke muka
Jefferson. Tok Amat kemudiannya merenjis air ke muka Jefferson. Jefferson
membuka matanya. Dia berasa hairan melihat ramai orang mengelilinginya. Bilik
itu gelap dan hanya disinari cahaya bulan mengambang serta cahaya lampu suluh.
“Jeff ! Kau okey tak?” tanya
Raimy. Jefferson bangun dengan wajah yang terpinga2. Badannya terasa penat dan
lenguh2. Tempat apa ni? Dia memandang kawasan sekeliling. Mana Ratna Sari?
“Benda tu dah pergi.” Kata Tok
Amat. Dia mengerti apa yang berada di fikiran
anak muda dihadapannya itu.
“Benda?” Jefferson pelik. Benda
apa?
“Ratna Sari. Itu bukan manusia.”
Kata Tok Amat. Jefferson terkejut. Bukan manusia? Habis tu apa? Hantukah? Muka
Jefferson bertukar menjadi pucat.
“Tak payah fikirlah. Sekarang ni
kamu balik dan berehat dulu.” Kata Tok Amat. Mereka membantu Jefferson untuk
bangun dan memapahnya keluar.
Sebelum mereka keluar dari bilik
itu, Jefferson berhenti dan menyuluh bilik itu. Dia melihat keadaan sekeliling
bilik itu. Pokok2 tumbuh meliar di sekelilingnya. Jefferson mengerutkan
dahinya. Perabot2 masih berada dalam kedudukan yang sama, tetapi keadaan
perabot itu ada yang telah usang dan reput. Pelik. Adakah semua ini hanya
khayalannya? Sebentar tadi semuanya kelihatan cantik dan baru. Kini tidak
seperti yang dia mula2 lihat. Bilik itu berbau harum dengan bau bunga dan
kelihatan sangat indah semasa dia mula2 datang ke sini. Namun, di hadapannya
kini hanya sebuah tempat yang buruk dan usang serta berbau sedikit busuk dan
hapak. Bilik itu kelihatan sedikit berselerak. Pintu jendela juga telah
terkopak. Di suatu sudut di bilik itu, dia melihat ada sebuah potret yang agak
besar dan senget. Potret lukisan seorang perempuan. Dia kenal gerangan
perempuan di dalam potret yang dikelilingi tumbuhan yang tumbuh meliar di bilik
itu. Gadis itu. Ratna Sari. Di suatu sudut bilik yang lain, dia ternampak
sekaki payung kertas yang lama. Itu payung kertas yang selalu digunakan Ratna
Sari. Sebentar tadi dia tengok payung itu masih lagi dalam keadaan yang elok
dan cantik. Tapi kini hanya tinggal rangka buluhnya yang hampir reput.
“Jeff...” panggil Raimy. Serta merta
Jefferson menoleh ke arah Raimy yang berada di hadapannya.
“Sudahlah tu nak. Baliklah. Itu
semua hanyalah khayalan.” Kata Tok Amat sambil menepuk bahu Jefferson. Mereka
berdua turun ke bawah dan keluar dari banglo itu. Sekali lagi Jefferson
memandang ke arah banglo itu setelah mereka keluar dari banglo itu. Semasa dia
mula2 datang ke sini, rumah itu sangat cantik dan menarik hati sesiapapun yang
melihatnya. Pokok2 bunga banyak ditanam di kawasan banglo itu dan terdapat
taman bunga di suatu sudut kawasan banglo itu. Kini, hanya kelihatan sebuah
rumah yang usang dan sebahagiannya telah roboh. Dinding2 rumah itu telah
ditumbuhi tumbuhan2 dan menenggelamkan rupa indah banglo itu. Mereka semakin
jauh daripada banglo itu.
Tiba2, Jefferson ternampak sesuatu. Kakinya
berhenti melangkah dan dia berpusing ke belakang. Dia melihat rumah itu kembali
cantik dan pokok2 bunga kembali mekar berkembang. Di suatu sudut di taman bunga
itu, kelihatan seorang lelaki orang putih dan seorang perempuan berkebaya putih
dan bersanggul sedang duduk di situ. Mereka saling bergurau senda dan ketawa. Sinar
kebahagiaan jelas terpancar di wajah mereka.
“Jeff..” panggil Raimy dengan
kuat. Apa lagi la yang dia tenung2 lagi kat rumah buruk tu?
Jefferson tersentak. Dia menoleh
ke arah Raimy.
“Sorry bro..” Dia berpaling ke
hadapan dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Jefferson menoleh sekejap
untuk melihat rumah yang telah menyimpan banyak peristiwa2 aneh yang tidak dapat
dijelaskan itu. Dia ingin melihat untuk kali terakhir pasangan kekasih itu
tadi. Namun, semua yang dia lihat tadi telah hilang dan kini hanya tinggal
rumah usang yang buruk dan semakin lenyap ditelan kejauhan.
“Mungkin itu semua hanya khayalan
aku..” bisik hati Jefferson. Dia masih lagi bingung mengenai perkara yang telah
dialaminya hari ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.