Mereka masuk ke dalam hutan itu.
Setelah agak lama meredah hutan, mereka masih belum menemui rumah yang
dikatakan oleh Raimy itu.
“Mie, betul ke ini jalan dia?
Lama sangat dah kita berjalan ni.” Tanya Jefferson sambil duduk di atas tanah
kerana kepenatan.
“Betul lah jalan ni.. takkan lah
dah kena roboh kot? Takpelah Jeff. Kita jalan skit lagi. Kalau tak jumpa kita
balik jelah.” Ujar Raimy. Jefferson mengekori langkah Raimy.
Mereka meneruskan perjalanan
mereka dan terus masuk semakin dalam ke dalam hutan itu. Namun hampa, mereka
tidak menjumpai apa2 selain dari pokok2 besar dan semak samun.
“Mie, aku rasa baik kita balik.
Kita salah jalan ni. Tak jumpa apa2 pun.” Keluh Jefferson setelah mereka
berhenti untuk berehat.
“Aku yakin inilah jalan dia..
Pelik betul. Kesan tapak banglo tu pun takde dah.” Ujar Raimy sambil matanya
meliar ke sekeliling hutan itu.
“Hari pun dah nak maghrib ni.
Jomlah kita balik.” Raimy dan Jefferson bingkas bangun dan berjalan pulang.
Jefferson berjalan di belakang
Raimy. Tiba2, ekor matanya menangkap kelibat seseorang di sebalik sebatang
pokok yang besar. Langkah Jefferson terhenti. Jefferson menoleh ke arah kelibat
itu. Dia melihat seorang gadis yang memakai kebaya berwarna krim dan rambutnya
disanggul cantik. Perempuan itu berjalan dengan laju menuju ke arah yang
bertentangan dengan arah Raimy dan Jefferson. Jefferson tidak dapat melihat
wajahnya dengan jelas kerana perempuan itu memakai selendang putih dan memegang
payung buluh cina yang berwarna putih. Dia hanya dapat melihat rambut perempuan
itu yang disanggul dari belakang. Kelibat perempuan itu semakin hilang ditelan
kejauhan. Bau bunga sundal malam menusuk hidungnya Jefferson bagaikan terbuai2
dengan haruman itu.
“Jeff !” jerit Raimy. Jefferson seakan2
tersedar dari mimpi. Dia menoleh kearah Raimy yang telah berada jauh
dihadapannya. Dia segera berjalan ke arah Raimy.
“Apsal kau berhenti?” tanya Raimy
sambil memandang ke belakang Jefferson. Pelik. Ada apa kat situ tadi?
“Aku nampak ada perempuan lalu
la.” Riak muka Raimy terus berubah. Perempuan?
“Perempuan? Aku tak perasan pun
ada orang.” Jefferson terkejut. Takkanlah tak perasan?
“Dia lalu kat sebelah kita la
tadi. Takkan kau tak perasan? Bau bunga kuat gila masa perempuan tu lalu kat
sebelah kita.” Jefferson masih mahu menegakkan apa yang dilihatnya.
Wajah Raimy bertukar menjadi
sedikit cemas.
“Jom balik cepat. Jalan laju2.
Jangan pandang belakang lagi. Jalan je. Jangan pedulikan apa2 yang kau nampak.”
Suara Raimy seperti seorang komando yang memberi arahan kepada anak buahnya. Tegas!
“Aik? Dah kenapa kau ni?” tanya
Jefferson. Hairan.
“Ikut jelah jangan banyak tanya!”
suara Raimy naik satu oktaf. Jefferson terkedu dengan tindakan Raimy yang telah
berubah sikap itu. Dia hanya mengekori Raimy yang berjalan dengan laju.
Kenapa tiba2 je ni? Getus hati
Jefferson sambil melangkah dengan laju megekori Raimy.
Malam itu, setelah makan malam,
Raimy dan Jefferson duduk melepak di pangkin sambil memetik gitar.
“Tok Wan kau pergi mana?” tanya
Jefferson sambil baring memerhatikan bintang2 di langit.
“Pergi dusun durian. Nak jaga
dusun.” Balas Raimy sambil leka menaip sesuatu di Samsung Galaxynya.
Jefferson hanya terangguk2
mendengar jawapan Raimy dan memetik gitarnya sambil berbaring memerhatikan
langit. Tiba2 dia teringat peristiwa petang tadi.
“Mie.”panggil Jefferson.
“Hmm..” sahut Raimy yang masih
leka dengan Samsung Galaxynya.
“Apsal kau tiba2 kalut petang
tadi?” tanya Jefferson.
“Ooo.. Pasal tu. Sebenarnya aku
nak cerita kat kau ni. Tapi lepas balik tadi lupa lak.” Jawab Raimy sambil
tersengih.
Cehh. Tadi punyalah sound aku.
Sekarang sengih2 macam kerang busuk lak. Hempuk kau dengan gitar ni baru tahu.
Gumam hati Jefferson.
“Cerita apa?” tanya Jefferson.
“Dulu, Tok Wan aku ada cerita..
Tempat ni kawasan penjajah British. Hutan yang kita masuk dulu tu, suatu masa
dulu bukanlah hutan yang macam sekarang. Lepas British berundur masa Jepun
datang, orang jarang pergi tempat tu lagi dan jadilah hutan. Dalam hutan tu
banyak lah jugak rumah2 usang yang dah kena tinggal. Tapi sekarang rumah2 tu
dah takde dah.. dah berpuluh tahun kan. Lenyaplah rumah2 tu semua.”
“Tok Wan aku cakap kat kampung tu
dulu ada perempuan nama Ratna Sari tinggal kat situ. Dia selalu bersiar2 dengan
payung buluh dan selendang kat muka dia sebab taknak orang tenung wajah dia lama2.
Orang cakap Ratna Sari ni seorang gadis yang sangat jelita. Kecantikan dia
memang memukau. Tapi tak taulah secantik mana kecantikan dia tu. Cerita ni dari
mulut ke mulut.. Arwah datuk Tok Wan yang cerita kat Tok Wan.”
Riak wajah Jefferson tiba2 bertukar. Dia terkedu. Gadis yang pakai payung buluh?
Melihat tingkah Jefferson yang
tiba2 terdiam itu, Raimy menjadi hairan.
“Kenapa kau diam?” tanya Raimy.
“Gadis yang kau cakap tu.. Macam sama je dengan gadis
yang aku nampak tadi.” Wajah Jefferson tiba2 menjadi pucat.
“Kenapa pulak?” Raimy menjadi
semakin resah. Maknanya betullah telahan aku tadi!
“Dia pakai selendang dan payung
buluh...” Jefferson seakan2 tidak dapat menghabiskan kata2nya.
Kedua2 mereka terdiam. Suasana
yang hening dan sunyi tiba2 membuatkan mereka menjadi seram.
“M.. Mie, aku.. aku masuk dalam
dululah.” Kata Jefferson sebelum bergegas masuk ke dalam rumah.
“Wei Jeff! Tunggulah aku!” Raimy
juga kelam kabut memakai selipar dan berlari masuk ke dalam rumah.
Mereka berdua berlari masuk ke
dalam rumah dan terus menutup pintu dan menguncinya. Opah yang sedang menonton
televisyen itu menjadi hairan melihat tingkah mereka berdua.
“Apahal pulak dengan kau orang
berdua ni?” tanya Opah.
“Tak.. Tak ada apa2 Opah.
Kitorang... Kitorang berlumba lari tadi.” Jawab Raimy sambil tersengih2.
“Kami mintak diri dulu Opah.
Mengantuk pulak.” Kata Raimy. Mereka berdua berlalu dari situ dan masuk ke
bilik tidur mereka.
“Pelik betul budak2 tu. Apa2
jelah.” Gumam Opah dan menyambung menonton drama di televisyen.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.