Wednesday, 18 December 2013

Misteri Gadis Berpayung Kertas 1

“Benarkah kau mencintaiku?” tanya gadis jelita itu sambil memintal-mintal hujung selendangnya.

“Benar, sayangku. Aku tetap akan mencintaimu walaupun jasadku telah tiada di muka bumi ini.” Balas jejaka itu sambil mengusap lembut pipi gadis itu.

Pandangan mereka bertaut dan gadis itu mengukirkan senyuman manis kepada jejaka itu. Gadis jelita itu menyandarkan kepalannya di dada jejaka itu. Mereka berdua menikmati pemandangan indah di hadapan mereka.


***


Suasana perkampungan itu amat tenang dan mendamaikan jiwa sesiapa sahaja yang berada disitu. Teksi yang dinaiki oleh Raimy dan Jefferson terus menyelusuri jalan2 sempit kampung itu.

“Mie, jauh lagi ke tempat tu?” tanya Jefferson.

“Depan tu je lagi..” balas Raimy, sambil memandang pemandu yang membawa mereka ke sebuah tempat yang menyimpan seribu satu cerita. Kampung Kejora Wangi.

Raimy dan Jefferson telah lama merancang untuk pergi bercuti di kampung Raimy. Raimy pula sudah lama tidak pulang ke kampung setelah keluarganya berpindah ke luar negara. Dia pulang ke Malaysia kerana ingin menyambung pengajiannya di Malaysia.

“Cantik tempat ni.” Kata Jefferson, si matsaleh dari United Kingdom yang datang ke Malaysia untuk menyambung pengajiannya. Walaupun datang dari negara lain, dia sangat fasih berbahasa Melayu.

“Tempat ni memang cantik. Nanti aku tunjukkan tempat2 yang best kat kampung ni.” Kata Raimy sambil tersenyum.

Jefferson ralat melihat ke luar tingkap kereta memerhatikan kawasan sekeliling kampung yang dikelilingi gunung ganang yang indah itu. Dia tidak pernah sampai ke tempat seperti itu dan disebabkan itulah dia ingin ikut Raimy pulang ke kampung datuk dan neneknya untuk melihat keindahan kampung Raimy yang jauh dari kota yang sentiasa sibuk dan sesak.

Teksi itu kemudiannya berhenti di halaman sebuah rumah tradisional Melayu yang tersegam indah dan dikelilingi pokok2 bunga yang cantik. Raimy dan Jefferson turun dari teksi itu dan mengeluarkan barang2 mereka dari bonet teksi itu. Setelah membayar tambang, teksi itu berlalu pergi.

“Assalamualaikum.. Tok Wan! Opah!” laung Raimy.

“Waalaikumsalam! Raimy! Cucu opah!” seorang wanita tua datang ke arah Raimy dan Jefferson. Dia terus memeluk Raimy. Mereka berbalas pelukan.

“Opah apa khabar?” tanya Raimy.

“Opah sihat.. Lama Raimy tak balik sini. Rindu betul Opah dengan cucu opah ni. Dah besar dah pun.” Opah mengelap air matanya dengan hujung bajunya.

“Raimy pun rindu dengan Opah dengan Tok wan.. Opah, ini kawan Raimy. Jefferson. Jefferson. Inilah Opah aku..” Jefferson hanya memberikan senyuman mesra kepada Opah.

“Meh masuk dalam jom. Panas kat luar ni.”

“Mana Tok Wan?” Raimy memandang sekelilingnya. Tak ada pun kelibat Tok Wan.

“Tok Wan kau tu dia biasalah. Pergi mengeteh dekat warung depan tu. Petang nanti dia balik lah.” Balas Opah sambil berjalan masuk ke dalam rumah. Raimy dan Jefferson hanya tersenyum sambil mengekori Opah.

“Opah dah siapkan bilik kau orang berdua. Pergilah mandi. Nanti makan tengah hari sama2.” Kata Opah sambil menunjukkan bilik mereka berdua. Dia kemudiannya berlalu ke dapur untuk memasak.


***


Tengah hari tu, Jefferson, Raimy, Opah dan Tok Wan Raimy makan bersama2. Selepas makan, Tok Wan, Raimy dan Jefferson duduk di pangkin dan berbual2 kosong disitu. Macam2 hal mereka bualkan. Sesekali mereka ketawa bersama.

“Raimy, petang nanti bawaklah kawan kamu ni jalan2 kat kampung ni. Boleh kenal2 dengan kawasan ni.” Ujar Tok Wan sambil menghisap daun tembakaunya.

“Kami memang rancang nak bersiar2 petang ni Tok. Dah lama tak jalan2 kat sini.” Balas Raimy sambil mengunyah buah rambutan yang dibawa pulang oleh Tok Wan nya tadi.

“Haa, Jeperson. Kat sini tak payah segan2.. buat macam rumah sendiri. Ya?” Kata Tok Wan sambil menyarungkan seliparnya dan menuju ke arah motosikal buruknya.

“Baiklah Tok..” ujar Jefferson sambil memerhatikan kelibat Tok Wan yang semakin hilang ditelan kejauhan.


***


Pada petang itu, Raimy dan Jefferson bersiar2 mengelilingi kampung itu. Raimy membawa Jefferson pergi ke sebatang sungai berhampiran dengan hutan untuk memerhatikan keindahan alam semula jadi disitu. Pemandangan di kawasan itu sungguh mendamaikan dan harmoni dengan gunung ganang yang menghijau di sekeliling kampung itu.

“Mie, kau pernah masuk ke hutan dalam tu?” tanya Jefferson sambil merendamkan kakinya di dalam air sungai yang dingin itu.

“Pernah. Masa aku kecil dulu. Aku dengan kawan2 aku pernah masuk ke dalam hutan tu. Kitorang masuk dalam hutan tu untuk pergi lastik burung.” Ujar Raimy.

“Tapi, satu hari tu kami masuk terlalu jauh. Kami jumpa sebuah rumah usang. Rumah tu dah lama. Tok Wan aku cakap rumah tu memang dah ada dari dulu lagi. Sejak zaman penjajah datang sini.” Sambung Raimy.

“Tak ada orang pernah pergi sana ke?” tanya Jefferson.

“Ada la jugak.. Tapi jarang.”

Tiba2 Raimy memandang Jefferson.

“Kau nak pergi tengok rumah tu ke?” tanya Raimy.

“Boleh ke?” tanya Jefferson kembali.

“Kau tak takut?”

“Pergi tengok je kan. Tak bahaya. So kenapa nak takut?” ujar Jefferson.

“Okey then. Let’s go !” Raimy bangun dari tempat duduknya. Jefferson menjejak langkah Raimy ke arah hutan itu.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.