Di tebing sungai itu, penduduk
kampung sedang berkumpul untuk mencari orang hilang di kawasan sungai itu.
Beberapa orang penduduk kampung juga menyelam untuk mencari orang yang hilang
itu. Ada juga yang masuk ke dalam hutan sambil menjerit memanggil nama Jefferson.
“Betul ke kamu nampak kawan kamu
tu masuk dalam hutan tu?” tanya Tok Wan kepada Raimy. Ingin mendapatkan
kepastian.
“Betul Tok. Mie tertidur waktu
tu. Bila Mie, terbangun, Mie tengok Jeff dah masuk dalam hutan tu. Mie cuba
kejar dia, tapi dia jalan cepat sangat. Dia hilang terus kat dalam hutan tu.
Mie panggil dia, dia tak toleh pun dan terus jalan.” Cerita Raimy panjang
lebar.
Sewaktu mereka berdua berehat
tadi, dia dan Jefferson terlelap. Beberapa ketika kemudian, dia terjaga dan
ternampak Jefferson sudah masuk ke dalam hutan. Dia menjerit memanggil nama
Jefferson, namun Jefferson langsung tidak menoleh ke arahnya dan terus berjalan
masuk ke dalam hutan. Dia mengejar Jefferson sehingga ke dalam hutan, namun
tiba2 kelibat Jefferson semakin hilang disebalik pokok2 besar di dalam hutan
itu.
“Benda tu memang nak sesuatu.”
Kata Tok Amat, kawan Tok Wan yang juga merupakan pengamal perubatan tradisional
di kampung itu atau dikenali sebagai bomoh.
“Aku pun rasa macam tu. Dah lama
sangat benda tu duduk situ jadi penunggu. Dia dah jumpa orang yang dia cari.”
Kata Tok Wan.
Raimy mengerutkan dahinya. Dia
langsung tidak memahami apa yang Tok Wannya dan Tok Amat sedang katakan.
Penunggu? Okey. Dia percaya dalam hutan tu memang ada penunggu. Tapi penunggu tu
nak cari apa? Kenapa sampai libatkan Jefferson?
“Kita mesti bawa budak tu balik
sebelum matahari naik esok. Kalau tidak, budak tu tak boleh dibawa balik lagi
dah..” kata tok Amat. Dia sedang memikirkan sesuatu.
“Aku sangkakan semua ni cerita
mengarut orang2 tua aje, Mat. Tak sangka pulak betul. Dah beratus tahun
berlalu..” kata Tok Wan perlahan.
“Kadang kala benda yang orang
tua-tua cakap tu selalunya ada betulnya..” balas tok Amat.
Air sungai yang mengalir itu
sungguh menenangkan. Pemandangan kawasan sungai yang berlatar belakangkan
gunung ganang menyejukkan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Kawasan itu
masih belum tercemar dengan kerosakan2 seperti yang Jefferson biasa lihat.
Gadis itu menutup payung buluhnya
dan duduk bersimpuh di bawah sebatang pokok yang rendang. Jefferson juga duduk
di bawah pokok itu.
“Ratna Sari..” panggil Jefferson.
Matanya merenung wajah jelita gadis itu.
“Ada apa tuan hamba?” balas Ratna
Sari. Dia memberikan senyuman kepada Jefferson.
“Ratna Sari cantik.” Puji
Jefferson.
Dia kini benar2 jatuh cinta kepada gadis itu. Perkenalan mereka
terlalu singkat, tetapi Jefferson seperti sudah benar2 jatuh cinta kepada gadis
itu. Gadis itu bagaikan mempunyai suatu aura yang membuatkan Jefferson
terpesona dengannya dan menjadi angau.
Gadis itu tersenyum mendengar
kata2 pujian dari Jefferson.
“Adakah tuan hamba akan menemani
hamba selama lamanya?” tanya Ratna Sari.
“Saya akan sentiasa menemani
Ratna Sari.” Balas Jefferson. Dia semakin berubah dan perlahan2 terpengaruh
dengan pujuk rayu gadis itu. Dia semakin tenggelam dengan godaan dan rayuan
gadis itu. Di dalam fikirannya hanya ada gadis itu.
“Marilah dekat pada hamba...”
ajak gadis itu dengan suara yang menggoda. Jefferson yang bagaikan dipukau
terus merapati gadis itu. Mereka berdua saling berpelukan bagaikan orang sedang
melepaskan rasa cinta masing –masing.
Perlahan2 tangan Jefferson
melingkari pinggang Ratna Sari dan mengusap lembut pipi gadis itu. Gadis itu
memejamkan matanya menikmati kelembutan tangan yang mengusap pipinya itu.
“Berjanjilah kepada hamba.. Yang
tuan hamba tidak akan meninggalkan hamba.” Gadis itu merenung ke dalam mata
Jefferson.
“Saya janji.. Tidak akan
meninggalkan Ratna Sari.” Gadis itu tersenyum lebar setelah mendengar kata2
Jefferson. Nampaknya lelaki itu sudah masuk ke dalam perangkapnya. Dia akan
terus memiliki lelaki itu buat selama-lamanya.
“Walaupun ada banyak halangan
yang datang?” tanya gadis itu lagi. Jefferson mengangguk.
“Ya. Saya tidak akan meninggalkan
Ratna Sari walaupun ada banyak halangan yang datang. Diri saya hanya milik
Ratna Sari. Tidak ada sesiapa yang boleh memisahkan kita.” Kata Jefferson
dengan suara seakan2 memujuk gadis itu supaya yakin bahawa dia tidak akan
meniggalkan gadis itu.
Dia ingin bersama dengan gadis itu buat selama-lamanya.
Ratna Sari menyandarkan tubuhnya
ke dada Jefferson. Tangan Jefferson masih melingkari pinggang ramping Ratna
Sari. Mereka berdua menikmati pemandangan indah alam semula jadi di hadapan
mereka.
“Pulangkan cucu aku!” Ratna Sari
tiba2 tersentak dan membuka matanya. Siapakah yang berani mengganggu aku?!
Jefferson yang sedang memeluk
Ratna Sari itu juga terkejut dengan tindakan Ratna Sari yang tiba2 terjaga dan
tersentak.
“Mengapa sayang?” tanya Jefferson
kehairanan. Ratna Sari melepaskan dirinya daripada rangkulan Jefferson.
“Tidak ada apa2.. Marilah kita
pulang. Hari pun sudah petang.” Kata gadis itu lembut. Jefferson akur dengan
kata2 gadis itu. Mereka berdua berjalan pulang ke rumah Ratna Sari dengan
tangan Jefferson melilit pinggang Ratna Sari.
“Mengapa peluk hamba?” tanya
gadis itu malu2. Dia berasa malu apabila Jefferson memeluk pinggangnya semasa
mereka berdua sedang berjalan.
“Saya tidak mahu melepaskan Ratna
Sari.” Kata Jefferson lembut. Gadis itu menunduk malu. Mereka berdua terus berjalan
pulang ke rumah Ratna Sari. Riak muka masing2 menunjukkan kebahagiaan yang
jelas terpancar pada muka mereka.
“Macam mana Tok? Dah dapat kesan
ke kawan saya tu ada kat mana?” tanya Raimy. Hari sudah malam. Namun, masih
belum ada apa2 khabar berita mengenai Jefferson.
“Tak syak lagi. Penunggu dekat
banglo dalam hutan tu dah ambil kawan kau tu.” Kata Tok Amat. Penunggu banglo?
Banglo tu ada penunggu ke?
“Penunggu banglo? Tok maksudkan
banglo yang kami pernah jumpa dulu tu ke?” tanya Raimy.
“Yelah. Banglo tu ada satu je dekat
situ. Benda tu tak kacau orang. Tapi, dia tunggu sesuatu.” Jawab Tok Amat.
“Tunggu sesuatu? Apa maksud Tok?”
“Kalau tak silap Tok, datuk kepada
Tok pernah cerita.. Dulu, ada seorang perempuan nama Ratna Sari yang tinggal
dalam banglo tu. Orang cakap dia tunggu kekasih dia datang. Dia bercinta dengan
orang putih yang jajah tempat ni. Tapi ayah orang putih tu menentang. Jadi dia
arahkan orang2 dia bunuh Ratna Sari tu semasa kekasih dia balik ke England.
Ratna Sari ni setia orangnya, dia tetap menunggu kekasih dia datang walaupun
nyawa dia telah terpisah daripada jasad. Kawan kamu tu kan orang putih.. Itu
sebab dia ambil kawan kamu tu.. Rupa kawan kamu tu jugak mungkin serupa dengan
kekasih dia. Dia ingat kekasih dia dah balik.” Cerita Tok Wan panjang lebar.
“Kesian Ratna Sari tu.” Kata
Raimy perlahan. Dia bersimpati dengan Ratna Sari setelah mendengar kisahnya.
Cinta yang tidak kesampaian dan menunggu orang yang disayangi kembali ke
pangkuan untuk beratus tahun.
“Memang kesian. Orang cakap lepas
kematian Ratna Sari, kampung tu tak lagi aman. Ratna Sari selalu kelihatan di
mana2 sahaja. Ayah kekasih dia pula khabarnya mati mengejut lepas beberapa
bulan kematian Ratna Sari. Orang kampung mula berpindah ke tempat lain dan
tinggallah Ratna Sari yang kesunyian dan menanti kepulangan kekasih dia tu”
kata Tok Wan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.