Wednesday, 18 December 2013

Misteri Gadis Berpayung Kertas 4

Jefferson merasakan kepalanya diusap lembut dan begitu mengasyikkan. Bau harum yang dihidunya terus membuai2 perasaannya. Tangan yang mengusap kepalanya beralih mengusap pipinya pula. Lembut sungguh tangan yang mengusap pipinya itu. Seperti tangan seorang perempuan yang sedang membelai2 dirinya. Tangan perempuan? Jefferson membuka matanya dan matanya tertancap pada anak mata gadis itu.

“Sudah bangun?” tanya seorang gadis itu lembut sambil tersenyum. Dia masih membelai dan mengusap lembut wajah Jefferson.

Dia melihat dihadapannya ada seorang gadis jelita yang sedang membelai pipinya lembut. Dia terkaku melihat gadis jelita yang sedang merenungnya itu. Pandangan itu sungguh mempersonakan hatinya. Menyedari dia sedang berbaring di atas pangkuan gadis itu, dia terus bangun.

“Err... Saya.. Saya ada kat mana ni?” tanya Jefferson tergagap2. Dia melihat di sekelilingnya. Dia berada di dalam sebuah bilik sederhana besar dengan hiasan dalaman yang agak menyerupai hiasan pada era 20-an.

“Rumah hamba..” Jefferson terkejut. Macam mana dia boleh sampai ke rumah gadis itu?

“Macam mana saya boleh sampai sini?” Jefferson kehairanan. Dia tak ingat pun yang dia ada pergi berjalan ke rumah gadis itu.

“Mengapa? Tidak suka berjumpa dengan hamba?” tanya gadis itu.

“Tak.. bukan tak suka. Saya cuma pelik.” Jawab Jefferson berhati2. Takut menyinggung perasaan gadis cantik dihadapannya itu.

“Tidak ada apa yang pelik disini.. Bukankah tuan hamba ingin berjumpa dengan hamba?” balas gadis itu dengan senyuman menggoda. Jefferson terkejut. Macam mana dia boleh tahu yang aku nak jumpa dengan dia lagi?

“Jangan takut.. Hamba tidak akan mengapa- apakan tuan hamba. Disini hanya ada kita berdua. Tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu kita.” Sambung gadis itu lagi sambil menungusap pipi Jefferson.

“Hanya.. kita berdua?” 
Gadis itu mengangguk seraya membaringkan Jefferson kembali ke atas katil. Mereka berdua hanyut dalam gelora asmara. Jefferson semakin asyik dengan belaian dan renungan menggoda gadis itu. Dia akhirnya kalah dengan godaan gadis itu.

Angin dari luar tingkap menghembus masuk ke dalam bilik yang didiami oleh mereka berdua itu. Jefferson tersedar. Tangannya masih melingkari pinggang gadis itu. Dia meneliti raut wajah gadis itu sambil mengusapnya. Angin yang menampar kulitnya itu terasa dingin. Dia melepaskan rangkulan tangannya di pinggang ramping gadis itu dan bangun. Tiba2, dia merasakan ada tangan yang menarik tangannya daripada terus bangun dari katil itu.

“Tuan hamba ingin ke mana?” tanya gadis itu. Dia masih lagi berbaring di atas katil.

“Angin sejuk. Saya nak tutup tingkap tu.” Jawab Jefferson. Pegangan pada lengannya dilepaskan dan Jefferson pergi ke arah tingkap dan menutupnya.

“Marilah ke sini..” gadis itu memanggil Jefferson dengan suara yang manja. Jejjerson tersenyum lantas menuju ke arah gadis itu.

“Saya pergi tutup tingkap tu je..” kata Jefferson.

“Hamba takut tuan hamba akan pergi lagi dari hamba..” suara gadis itu kedengaran sebak. Dia memeluk erat tubuh Jefferson. Timbul perasaan kasihan terhadap gadis itu apabila dia berkata seperti itu.

“Saya tidak akan pergi ke mana2.. Saya akan terus berada di sisi sayang.” Jefferson memujuk gadis itu supaya jangan bersedih. Dia memeluk erat tubuh gadis itu.

Bagaikan ada sesuatu yang tidak dapat Jefferson jelaskan mengenai gadis itu. Dia merindui gadis itu seperti sudah lama bertemu. Dia juga tidak dapat mengawal dirinya setiap kali berada bersama gadis itu. Renungan manja dan senyuman menggoda gadis itu membuatkan dirinya hilang kawalan dan sentiasa ingin mendakap gadis itu. Dia terus hanyut dan hanyut dengan perasaannya sendiri.





Jefferson memerhatikan pemandangan diluar jendela. Dari jauh, dia melihat orang ramai lalu lalang disitu dengan pelbagai aktiviti berjual beli. Burung-burung berkicauan dan angin yang menampar lembut wajahnya begitu menenangkan. Jefferson memejamkan matanya menikmatinya.

“Tuan hamba ingin berjalan2 keluar?” Jefferson membuka matanya sebaik sahaja mendengar suara itu. Dia menoleh ke belakang dan melihat gadis itu sedang berdiri sambil membawa dulang makanan.

“Apa nama tempat ni?” tanya Jefferson. Dia masih tertanya2 dimanakah dia berada sejak kali pertama dia datang disini. Jefferson seakan2 semakin lupa dengan tempat asalnya dan terus terpukau dengan ajakan gadis itu supaya terus tinggal disitu.

“Kampung Cempaka Berduri.” Jawab gadis itu lembut. 

Dia menuju kearah Jefferson dan memeluk pinggang Jefferson. Mereka bersama2 melihat pemandangan di luar tingkap itu.

“Marilah kita makan. Hamba ada masakkan sesuatu untuk tuan hamba..” Gadis itu menarik lengan Jefferson supaya dia mengikutinya. Mereka duduk dikerusi kayu berhampiran jendela itu.

Gadis itu mengambil sudu dan menyuakan sudu yang berisi sup itu kepada Jefferson. Jefferson memahami apa yang ingin dilakukan oleh gadis itu. Dadanya bergetar setiap kali melihat renungan gadis itu. Gadis itu menyuapkan Jefferson makanan.

“Siapa nama?” tanya Jefferson lembut setelah mereka habis makan. Dia masih belum mengetahui nama gadis yang telah membuatkan dirinya sentiasa hilang kawalan dan hanyut dengan perasaannya sendiri setiap kali melihat gadis itu.

“Ratna Sari.” Jawab gadis itu. Ratna Sari? Nama klasik yang indah. Jefferson tersenyum.
“Sedap nama tu.” Puji Jefferson. Gadis itu hanya tersenyum malu.

“Marilah kita berjalan2 mengambil angin di luar.” Ajak Ratna Sari. Dia ingin berjalan2 bersama lelaki itu.

Keluar? Ya keluar. Jefferson teringin untuk berjalan2 keluar melihat pemandangan disini. Raimy tak bagitahu pun yang ada kampung kat sini. Cantik tempat ni.


Jefferson masih tidak menyedari bahawa ini semua hanya ilusi syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Dia terus terpukau dan hanyut di dunia yang asing ini.





Mereka berdua berjalan2 di pekan kampung itu. Jefferson melilaukan matanya melihat suasana di sekelilingnya. Sungguh, suasananya berbeza sekali dengan apa yang pernah dilihatnya sebelum ini. Mengapa orang2 disini seperti berada pada zaman sebelum merdeka dahulu? Tidak pernah lagi Jefferson datang ke tempat seperti ini. Orang2 disekelilingnya semuanya berpakaian tradisional, tidak seperti semasa di berada di kampung Raimy. Dia masih lagi hairan bagaimana dia boleh berada disini sedangkan sebelum dia sampai ke sini, dia sedang duduk berehat2 di tepi sungai bersama Raimy. Tempat apakah ini? Setiap kali dia ingin membuka mulut untuk berbicara kepada gadis itu mengenainya, mulutnya bagaikan terkunci untuk bertanya. Seolah2 gadis itu telah berjaya mengalihkan perhatiannya daripada berbicara mengenainya. Jefferson bingung dan keliru, pada masa yang sama dia hanyut bersama renungan menggoda gadis itu.

“Mengapakah tuan hamba diam?” tanya Ratna Sari setelah lama mereka menyepikan diri.

“Tempat ini cantik. Jadi saya rasa terpesona.” kata Jefferson. Tuan hamba? Jefferson semakin pelik mendengar bahasa yang digunakan oleh gadis itu sejak dari pertama kali mendengarnya.

Jefferson pernah mendengar bahasa seperti itu. Ya, semasa dia menonton drama klasik lakonan allahyarham P.Ramlee.  Tapi Raimy cakap bahasa macam tu dah tak dituturkan lagi. Jadi macam mana perempuan tu boleh cakap macam tu? Orang2 kat sekeliling pun gunakan bahasa yang sama. Entahlah. Aku pun bukannya tahu budaya orang di negara ini sangat.

“Marilah tuan hamba. Kita pergi ke tepi sungai.” Ajak gadis itu sambil memegang tangannya. Jefferson sedikit tersentak dengan kelakuan gadis itu dan hanya mengikut langkah gadis itu. Dia tidak berdaya untuk menolak, dirinya bagaikan telah dipukau oleh gadis itu untuk mendengar cakapnya. Dia juga tidak ingin menolak apa2 permintaan gadis pujaan hatinya itu. Hatinya telah terpaut sepenuhnya pada gadis itu. Hanya Ratna Sari!






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.