Wednesday, 18 December 2013

Misteri Gadis Berpayung Kertas 3

Didalam bilik, mereka berselimut sehingga ke kepala dan Raimy yang berada di sebelah telah lama dibuai lena. Jefferson masih belum dapat melelapkan matanya sejak beberapa jam yang lalu. Dia masih teringatkan susuk tubuh perempuan yang dilihatnya siang tadi.

Baju kebaya berwarna krim... Selendang putih.. Bersanggul.. Payung buluh...
Arghh.. Jefferson menjadi geram kepada dirinya. Kenapa bayangan perempuan dalam mindanya tak hilang2? Malah semakin jelas pulak. 

Jefferson mengiring ke sebelah kirinya menghadap tingkap kayu yang bertutup rapat itu. Entah mengapa, matanya tiba2 fokus ke lubang di celah2 kayu tingkap itu.
Wajahnya tiba2 menjadi pucat. Seluruh tubuhnya menggigil. Dia ternampak seorang perempuan duduk bersimpuh di atas pangkin. Perempuan tadi! Entah mengapa, dia tidak dapat mengalihkan pandangangan dia ke tempat lain. Matanya terus fokus ke arah perempuan itu. Dia melihat perempuan itu meletakkan payungnya di atas tanah. Jefferson terpaku melihat wajah perempuan itu.

Alis matanya yang cantik tersusun.. Hidung mancung.. Bibir merah bak delima merekah.. Kulit putih susu.. Perempuan itu kelihatan sedang termenung bersendirian.

“Beautiful..” bisik hati Jefferson. Dia leka melihat wajah perempuan itu.

Setelah lama masa berlalu, Jefferson masih merenung perempuan itu dengan khusyuknya. Bau wangi menusuk hidungnya dan sungguh mengasyikkan.

Tiba2, perempuan itu menoleh ke arah Jefferson. Jefferson berasa sungguh terkejut dan berpusing menghadap Raimy di sebelahnya. Bau wangi itu semakin kuat dan Jefferson semakin menggigil di dalam selimutnya. Lama kelamaan, mata Jefferson semakin kuyu dan akhirnya dia terlena.



Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Tok Wan baru pulang dari dusun. Sesampainya dia di halaman rumahnya, dia terhidu bau bunga sundal malam. Dia berasa tidak sedap hati dan tergesa2 masuk ke dalam rumah.

“Astaghfirullah al azim.. apa tu?” Tok Wan beristighfar panjang. Hatinya berasa tidak enak. Ada apa2 kah yang ‘mengikut’ pulang ke rumah?

Opah yang baru bangun untuk melihat Tok Wan terlihat Tok Wan sedang beristighfar panjang. Ada apa2 yang berlaku ke?

“Abangnya...” panggil Opah. Tok Wan tiba2 terkejut.

“Imah2.. terkejut saya tahu.” Kata Tok Wan sambil mengurut dadanya.

“Kenapa nampak macam baru lepas jumpa hantu?” tanya Opah hairan.

“Esok saya cerita. Tidurlah.” Kata Tok Wan. Opah akur dengan kata2 suaminya.


 ***


Jefferson membuka matanya. Dia melihat kawasan sekelilingnya. Ini bukan bilik Raimy. Dia sedang berada di suatu tempat yang sangat asing. Di sekelilingnya terdapat pokok2 bunga pelbagai warna dan berbau harum. Beberapa meter dihadapannya terdapat sebuah banglo yang tersegam indah dan reka bentuknya mempunyai gaya Inggeris pada zaman dahulu. Banglo yang tersegam indah di hadapannya itu tidaklah sebesar mana, tetapi sangat menarik hati bagi sesiapa yang melihatnya.

 “Sayang..” Jefferson tersentak lantas menoleh ke belakang. Dia berasa amat terkejut melihat empunya suara yang memanggilnya itu. Pandangan mereka bersatu. Jefferson terpesona melihat sepasang mata yang cantik itu sedang merenungnya. Seulas bibir yang cantik itu tersenyum menggoda kepadanya. Hati Jeffeson bagaikan tertarik untuk menatap wajah gadis itu dengan lebih lama.

“Marilah kemari...” gadis itu memanggilnya untuk datang kearahnya.

Dia bagaikan telah dipukau oleh kecantikan gadis itu dan secara tidak sedar kakinya melangkah ke arah gadis itu perlahan2. Gadis itu kini berada betul2 dihadapannya dan tanpa disangka2, tangan gadis itu melilit pinggang Jefferson. Jefferson semakin terbuai2 dengan tingkah gadis itu. Tangannya bergerak dengan sendiri menyentuh pipi gebu gadis itu dan mengusap lembut pipinya. Mereka bagaikan pasangan kekasih yang sedang dilamun cinta.

“Jeff !” dia terdengar seseorang memanggil namanya. Semakin lama semakin kuat. Dia cuba menganalisa apa yang telah terjadi.

“Jeff ! bangun! Kau mengigau ni!” jerit suara itu lagi.

Raimy? Jefferson lantas membuka matanya dan bangkit. Matanya melilau ke sekeliling. Dia masih berada di dalam bilik Raimy. Bukan bilik yang dilihatnya tadi. Dia meraba dadanya. Tidak sakit. Elok je.

“Woi! Kau ni dah kenapa?” marah Raimy. “ Kau mengigau apa ni tiba2 peluk aku ni? Siap nak cium2 bagai.” Marah Raimy dengan gaya geli - geliman. Hishh! Buang tabiat ke apa mamat ni?
“Aku peluk kau ke? Sorry bro. Aku tak sengaja.”

Jefferson tersengih. Raimy memandangnya dengan muka yang bengang.

“Dah2.. pergi mandi. Kejap lagi Opah panggil.” Kata Raimy masih dengan suara yang bengang.

“Kau dah mandi ke?” tanya Jefferson sebaik sahaja dia selesai mandi. Dia melihat Raimy sedang leka membaca surat khabar.

“Subuh2 lagi aku dah mandi..” Jefferson mengangguk sambil menyisir rambut perangnya.

“Dah jom. Tok Wan dah panggil tu nak sarapan.” Ajak Raimy.

“Kau tak sarapan lagi ke?” tanya Jefferson. Pelik. Dia bangun awal takkan tak sarapan lagi kot?

“Aku tunggu kau lah..” Jefferson tersengih. Bengang2 pun ingat kawan tu.


*** 


“Tok Wan nak tanya kau orang ni. Semalam kau orang ada pergi mana2 tempat yang pelik ke?” tanya Tok Wan sebaik sahaja mereka selesai bersarapan.

Raimy dan Jefferson berpandangan sesama sendiri. Mana Tok Wan tahu ni?

“Err... Kami pergi masuk hutan tu je Tok Wan..” jawab Raimy teragak2.

“Masuk hutan? Kejadahnya kamu buat dalam hutan tu?” tanya Tok Wan. Raimy dan Jefferson terdiam.

“Kamu ada datang tempat “dia” ke Mie?” tebak Tok Wan. Raimy dan Jefferson terkejut. Mana Tok Wan tau ni?

Melihat wajah cucunya yang terdiam, dia sudah mengagak jawapannya.

 “Benda tu ikut kau orang berdua semalam.” Raimy terkejut. Jefferson melopong. 

“Tok Wan dengan Opah kau pun perasan. Siapa je yang pergi tempat yang pelik2 kalau bukan kamu berdua?” kata Tok Wan dengan suara yang tegas.

“Tapi kami tak kacau dia pun Tok Wan..” jawab Raimy perlahan.

“Benda tu suka dekat kau orang. Tak tahulah kalau dia dah balik ke belum. Kalau dia tak balik, susah lah kita. Tok Wan kan dah cakap kalau tak perlu jangan pergi situ. Orang zaman dulu suka bela saka. Bahaya kalau kau orang terserempak dengan ‘diorang’. Tahu?” suara Tok Wan kedengaran semakin keras.

“Faham, Tok..” Raimy dan Jefferson terdiam.

Tok Wan berlalu dari situ dan keluar untuk pergi ke dusun.





“Mie, aku rasa betul lah cakap atuk kau tu..” kata Jefferson ketika mereka sedang berehat2 pada petang itu di tepi sungai. Mereka berdua duduk bersandar pada sebatang pokok yang rendang.

“Betul apa?” tanya Raimy acuh tak acuh.

“Yang benda tu ikut kita..” kata Jefferson perlahan.

“Takkanlah. Aku tak rasa apa2 pun semalam. So dia tak ikut kitalah.”

“Tapi kan, semalam...” Jefferson teragak2 untuk memberitahu Raimy.

“Kenapa?”

“Kau dah tidur waktu tu.. Aku nampak perempuan yang aku nampak kat dalam hutan semalam.” Riak Raimy tiba2 berubah.

“Kat mana?”

“Dia duduk kat atas pangkin tu.” Jawab Jefferson sepatah.

Kedua2 mereka tiba2 terdiam. Seram.

“Kau rasa benda tu nak apa ya?” tanya Raimy.

“Entahlah...” keluh Jefferson. Dia masih lagi memikirkan raut wajah gadis jelita itu. Apabila terigatkan mimpinya malam tadi, serta merta senyuman terukir di bibirnya. Ah.. so sweet. Aku nak jumpa dia lagi.. Walaupun hanya dalam mimpi.

Bayangan gadis itu bermain2 di minda Jefferson. Bibirnya yang cantik, hidung yang mancung.. Jefferson tidak jemu melihat gadis itu walaupun hanya dalam fikirannya. Dia telah jatuh cinta terhadap gadis itu! Gadis yang tidak diketahui asal usulnya. Gadis yang entah manusia, entah bukan manusia. Cinta itu memang buta. Semuanya terasa cukup indah apabila bersama dengan gadis itu.


Mereka berdua berehat2 sambil memerhatikan langit. Bunyi air sungai begitu menenangkan mereka dan mereka berdua terlelap di bawah pohon yang rendang itu. 






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.